logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 2 Mei 2023 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Bin Buang TUDM hari ini telah mengiringi Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri 2023 peringkat Kementerian Pertahanan bertempat di Dewan Seroja dan Padang Kawad Kem KEMENTAH, Kuala Lumpur. Majlis yang bermula jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang dengan kehadiran seramai 10 000 orang tetamu yang terdiri daripada kepimpinan tertinggi kerajaan, pegawai-pegawai tinggi ATM dan awam Kementerian Pertahanan, tetamu kenamaan dari kedutaan dan syarikat-syarikat korporat yang menjadi penyumbang utama kepada Kementerian Pertahanan.

Dalam majlis itu juga, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari mewakili Menteri Pertahanan turut menyampaikan sumbangan kepada 123 orang penerima yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ahli Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP), ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), Veteran ATM dan pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Falah, Taman Keramat. Kesemua penerima menerima sumbangan berupa wang tunai manakala seramai 20 orang veteran ATM pula telah menerima sumbangan alat bantuan peralatan pesakit iaitu kerusi roda.

Turut hadir dalam Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pertahanan 2023 ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Panglima-Panglima Perkhidmatan serta warga Kementerian Pertahanan dan ATM.

Lihat Galeri Gambar