logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 22 Apr 2023 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM diiringi Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (KS MK ATM), Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad serta Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KP KAGAT), Mejar Jeneral Dato' Hj Mohd Rashidi Bin Bujai telah menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Khalid bin Al-Walid Kementah MKWK Kuala Lumpur - Page Rasmi, di sini hari ini. Solat Sunat Aidilfitri berkenaan telah diimamkan oleh Lt Kol Mohd Nizam Termizi Al-Hafiz, Imam Besar MKWK, manakala bacaan khutbah telah disampaikan oleh KP KAGAT sendiri. Selesai menunaikan solat, Panglima Angkatan Tentera turut meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan para jemaah serta menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Lihat Galeri Gambar