logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUANTAN, 8 April 2023 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan isteri, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hajah Tengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Hj Ahmad Shah, Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT ATM), telah meluangkan masa menyantuni warga The Navy People Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang dalam satu Majlis Berbuka Puasa di pangkalan berkenaan, semalam Majlis mengisi program Ihya Ramadan ini merupakan lokasi ketiga Panglima Angkatan Tentera dan isteri meluangkan masa bersama warga ATM setelah menyantuni warga Tentera Darat Malaysia di Kem Muara Tuang, Kota Semarahan, Kuching, Sarawak pada 4 April dan warga Tentera Udara Diraja Malaysia di Pangkalan Udara (PU) Labuan pada 6 April lalu.

Ketibaan Panglima Angkatan Tentera dan isteri disambut oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Bin Ayob dan isteri, Datin Dr Norinah binti Mustapha, selaku Pengerusi Jemaah BAKAT Laut; Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom dan isteri Datin Noorisah binti Muhammad; Panglima Armada Barat, Laksdya Dato’ Abu Bakar bin Md Ajis dan isteri Datin Mazuiyah binti Hj Mohd Dom serta Panglima Wilayah Laut 1, Laksda Farizal Myeor dan isteri Puan Sharifah Balkhis binti Syed Salim.

Di majlis ini juga Panglima Angkatan Tentera dan isteri bersama menyempurnakan acara Penyampaian Sumbangan Kebajikan ATM kepada anggota warga MAWILLA 1 yang cedera, menghidap penyakit kronik, anak-anak istimewa, mangsa banjir dan golongan asnaf serta anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Darul Nisa At Thohirah.
Seusai berbuka puasa, Panglima Angkatan Tentera dan isteri telah menunaikan Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah di Auditorium Al-Haimi pangkalan berkenaan.
Turut hadir Inspektorat Jeneral Markas ATM, Laksda Dato’ Pahlawan Abd Halim bin Hj Shaari dan Panglima 4 Briged Mekanise, Brig Jen Mohd Rafi bin Muhammad serta isteri Puan Norzaida binti Mustafar

Lihat Galeri Gambar