KUALA LUMPUR, 25 Januari 2023 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Bin Buang TUDM telah mengiringi Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan bagi meninjau proses kerja-kerja pembinaan perumahan Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertempat di Galeri Jualan Sateria Residensi Platinum South Valley, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.
Projek SASaR Sungai Besi membabitkan pembinaan lima blok kediaman meliputi 3,500 unit berharga antara RM150,000 hingga RM350,000 mengikut saiz kediaman.
Projek yang dijangka siap sepenuhnya pada 2024 ini membuka peluang kepada warga kerja kementerian pertahanan termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), veteran ATM dan warga kerja awam MINDEF untuk memiliki rumah dengan harga mampu milik.
Turut hadir adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Bin Mohd Zain, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan Ketua Setiausaha MINDEF, Datuk Seri Muez Abd Aziz.