logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

SEMPORNA, 9 Mei 2022 – Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga (BAKAT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajjah Tengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, semalam telah meluangkan masa di KD SRI SEMPORNA bagi sesi ramah mesra bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di pangkalan berkenaan. Sesi berkenaan merupakan agenda lawatan PAT di Sabah untuk bersama anggota ATM yang bertugas sempena Hari Raya Aidilfitri di kawasan operasi di Sabah.


Ketibaan PAT dan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM di KD SRI SEMPORNA turut disambut oleh Peg Memerintah, Kepten Khairul Ayzan bin Taib TLDM serta isteri merangkap Pengerusi BAKAT (L) KD SRI SEMPORNA, Puan Kelinah binti Bedu@Rahman serta seluruh warga pangkalan berkenaan. Sempena sesi itu juga, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan sumbangan kepada BAKAT KD SRI SEMPORNA.


Sebelum itu, ketibaan PAT dan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM di Sabah semalam telah disambut oleh Komander Angkatan Tugas Bersama 2, Brig Jen Abdul Karim bin Ahmad dan Panglima Briged Ke-13 Infantri Malaysia, Brig Jen Suhaimi bin Hj Shamsuddin serta pegawai-pegawai dari Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2).

Lihat Galeri Gambar