logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 27 April 2022 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah hadir menyerikan majlis berbuka puasa bersama ahli-ahli Wisma Perwira ATM, hari ini. Ketibaan Panglima Angkatan Tentera di Wisma Perwira ATM telah disambut oleh Yang Dipertua (YDP) Wisma, Laksamana Muda Abd Halim bin Hj Shaari serta diiringi bersama Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi selaku Commanding General of the Officer' Mess serta Panglima Tentera Udara, Timbalan Panglima Tentera Darat yang mewakili Panglima Tentera Darat dan Komandan NTF yang mewakili Panglima Tentera Laut.


Usai berbuka puasa secara ringkas, Panglima Angkatan Tentera turut mendirikan solat maghrib secara berjemaah sebelum menyertai jamuan makan bersama hampir 80 orang ahli wisma ini yang hadir. Di kesempatan itu juga, Panglima Angkatan Tentera turut meninjau juadah buffet ramadan yang disajikan serta berkesempatan beramah mesra bersama ahli wisma sebelum meninggalkan majlis.

Lihat Galeri Gambar