logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 22 April 2022 - Angkatan Tentera Arab Saudi mewakili Kerajaan Arab Saudi melalui Penasihat Pertahanan dari Kedutaan Arab Saudi di Malaysia iaitu Brigedier Jeneral Abdullah Khaled Alyamini telah menyampaikan sumbangan buah kurma dan Al-Quran kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk diagihkan kepada perkhidmatan-perkhidmatan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia sempena bulan Ramadan Al- Mubarak ini. Sebanyak empat (4) tan buah kurma dan 1000 naskah Al-Quran beserta terjemahan Bahasa Malaysia telah disampaikan oleh Brigedier Jeneral Abdullah Khaled Alyamini kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM di satu majlis ringkas di Wisma Pertahanan pada petang semalam 21 April 2022.


ATM sesungguhnya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Angkatan Tentera Arab Saudi amnya dan khususnya Kerajaan Arab Saudi atas sumbangan berkenaan sebagai tanda pengukuhan hubungan silaturahim serta persaudaraan sesama Islam di samping memperkasakan aspek diplomasi pertahanan antara Angkatan Tentera kedua-dua buah negara.


Pemerkasaan hubungan ketenteraan melalui sumbangan ini juga selari dengan Teras Keempat Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera iaitu ‘’Menterjemahkan Kertas Putih Pertahanan’’ dalam konteks hubungan pertahanan antarabangsa antara Malaysia dan negara lain.
Turut hadir di majlis ini ialah Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria bin Hj. Yadi dan Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mejar Jeneral Hj. Mohd Rashidi bin Bujai.

Lihat Galeri Gambar