logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2022 – Bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), delegasi luar negara yang menyertai Pameran Defence Services Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2022 telah diraikan secara rasmi dalam sesi Opening Ceremony and Official Reception semalam. Majlis disempurnakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri (KDN), YB Dato' Seri Hamzah Zainudin.

Panglima Tentera Darat Malaysia (PTD) Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain selaku Pengerusi Jawatankuasa Acara Perasmian dan Keraian DSA dan NATSEC Asia 2022 turut mengiringi Menteri Kanan Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM di majlis tersebut.

Menteri Kanan Pertahanan menzahirkan rasa amat gembira serta dapat bertemu dan mengalu-alukan rakan-rakan sejawat, delegasi serta para peserta setelah kali terakhir acara ini diadakan 4 tahun yang lalu. "Dengan Malaysia bakal memasuki Fasa 'Peralihan Ke Endemik' 1 April ini, acara berprestij ini menunjukkan kepada dunia bahawa 'Malaysia is now open for business' selepas dua tahun dilanda pandemik. Lebih penting, Defence Services Asia dan NATSEC akan terus menjadi platform penting untuk Malaysia bersama sekutu serantau dan antarabangsa mengukuhkan lagi diplomasi pertahanan demi kepentingan keselamatan. Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya mengucapkan Selamat Datang kepada semua peserta dan delegasi" ujar beliau.

Setelah kali terakhir diadakan pada 2018, pameran pertahanan dan keselamatan terkemuka di dunia ini sememangnya dinanti-nantikan oleh semua pihak termasuk delegasi dan pempamer DSA dan NATSEC Asia 2022. Penganjuran DSA dan NATSEC Asia 2022 bermula 28 hingga 31 Mac 2022 ini dan bertemakan “Advancing Into a New Era of Defence and Security” secara tidak langsung akan menetapkan hala tuju pertahanan dan keselamatan antarabangsa, terutamanya disaat negara melangkah ke era pasca pandemik.

Lihat Galeri Gambar