logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 24 November 2021 – Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Ketua Setiausaha (KSU) KEMENTAH, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz pada hari ini telah mempengerusikan mesyuarat kedua pembangunan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP) bersama barisan Pengurusan Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).

RTKP merupakan perancangan pelan transformasi tenaga kerja yang komprehensif bagi membangunkan ATM untuk menjadi sebuah Angkatan Masa Hadapan (Future Force) yang berpengetahuan serta profesional untuk menghadapi cabaran masa akan datang.

Perancangan pelan transformasi ini juga turut melibatkan penambahbaikkan sistem pengurusan sumber manusia ATM serta kakitangan awam KEMENTAH bagi mewujudkan sebuah angkatan pertahanan yang kukuh sebagai tunjang utama dalam melindungi kepentingan serta kedaulatan negara sama ada di darat, laut mahupun udara termasuklah di ruang siber.