
Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohammad bin Ab Rahman merupakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang ke-22. Dilahirkan di Machang, Kelantan pada 15 Mac 1964. Beliau merupakan lepasan Maktab Tentera Diraja Cawangan Putra pada 1980 sebelum meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di University Of North Carolina di Charlotte, Amerika Syarikat.
Baca SeterusnyaPegawai Waran I Hayazi bin Abdul Aziz dilahirkan pada 19 September 1974 di Alor Setar Kedah. Mula menceburi Perkhidmatan Tentera Darat pada 10 April 1993 di Pusat Latihan Rekrut (PLR) dahulunya dan sekarang dikenali sebagai Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) selama 5 bulan di Port Dickson Negeri Sembilan dan seterusnya pada 3 Oktober 1993 beliau ditempatkan di Batalion Ke Sembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para), Kem Terendak, Melaka.
Baca SeterusnyaPaparan Terbaik Versi Terkini Microsoft Edge | Mozilla Firefox | Google Chrome | Safari