WISMA TRANSIT KUALA LUMPUR

PORTAL RASMI

SEJARAH PENUBUHAN KEM TRANSIT AMPANG

Kerja pembinaan telah dimulakan pada bulan Januari 2000 oleh Syarikat Bakti Kausar Sdn Bhd dan diletakkan di bawah penyeliaan MK ATM – Bahagian Perkhidmatan Kejuteraan Pertahanan (BPKP) iaitu Jabatan Arah Perumahan dan Pembangunan (JP&P) pada masa itu. Pembangunan projek ini sepatutnya siap pada tahun 2002, walau bagaimanapun projek yang terletak di Jalan Buku Lima berhampiran dengan kompleks KEMENTAH ini telah tergendala dan hanya siap dan beroperasi pada bulan September 2008.





SEJARAH PENUBUHAN WTKL

Pasukan Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) mula menduduki bangunan baru di Komplek Transit, Jalan Buku Lima, Kuala Lumpur pada November 2008 dan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2009. Pembinaan WTKL ini didirikan di atas tapak seluas 5.178 hektar di Lot 5398, Mukim Setapak bersama dengan dua unit lain iaitu Rej 515 AW dan Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD).  Projek ini telah dimulakan pada 17 Jan 2000 dan sepatutnya disiapkan pada 16 Jan 2002. Bagaimanapun, projek ini telah tertangguh beberapa kali dan telah disiapkan pada September 2008. WTKL bertanggungjawab mengendalikan pengurusan pergerakan transiti dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang berkaitan dengannya bagi seluruh warga ATM. WTKL juga telah menjadi tempat tumpuan oleh formasi dan pasukan luar melaksanakan aktiviti-aktiviti harian seperti mesyuarat, seminar, bengkel dan majlis-majlis lain.