RENCANA

(Sila klik di pautan untuk bacaan selanjutnya)

TRAGEDI NURI SIKORSKY S-61A-4 TUDM 26 APRIL 1976
Pada 26 APRIL 1976, Operasi ‘KOTA’ mencatat sejarah hitam apabila sebuah helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa 11 pegawai dan anggota pasukan keselamatan dalam penerbangan ke pos-pos tentera di perbatasan Malaysia-Thailand menjadi sasaran tembakan Pengganas Komunis (PK). Selanjutnya..

NURI DITEMBAK PENGALAMAN T14040 SSJN (B) YUSOF BIN ABU X SKN RGK YANG TERLIBAT DALAM SAR
Setelah mendapat maklumat dari dalam oleh anggota-anggota yang berada di kem musuh yang telah ditinggalkan, bahawa helikopter yang membawa penumpang serta bekalan telah ditembak oleh pihak musuh dan terpaksa berpatah balik ke Kem Gubir lebih kurang 20 minit terdahulu. Setelah lebih setengah jam berlalu, helikopter tersebut masih lagi tidak sampai ke Kem Gubir oleh kerana terputus hubungan maka satu pasukan dari Skn X, RGK, Sg. Udang yang terdiri dari seorang pegawai, saya serta empat lagi anggota telah diarahkan untuk membuat tugasan tinjauan dan melakukan operasi mencari dan menyelamat. Selanjutnya..

YAACOB KOMANDO CERITA DETIK PERTEMPURAN DENGAN PENGGANAS DI GUBIR
Biarpun orang menggelarnya sebagai Yaacob Kudung, namun bagi bekas komando, Yaacob Hassan, 62, langsung tidak pernah berasa malu, marah ataupun berkecil hati. Bagi Yaacob, mereka yang memanggilnya dengan gelaran itu kebanyakannya tidak mengetahui kisah sebenar bagaimana dirinya boleh mengalami kecacatan kekal tersebut. Anak kelahiran Kampung Manggol Kambing, Pendang, Kedah mula memasuki tentera selepas menjalani rekrut di Port Dickson pada 1970 ketika berusia 18 tahun. Selanjutnya..

MAJ DAVID CHOW YUN KAI (SIGNALS)
I am an ethnic Malaysian Chinese and had served the Malaysian Army from 1968 to 1991, retiring as a Major. During this period of about 23 years, I had been an instructor at three Army Training Centres; at the Recruits Training Centre in Port Dickson, the Royal Mililtary College in Sungai Besi, and at the Army Combat Training Centre, Kota Tinggi (popularly known as PULADA). Selanjutnya..

MEMORIES OF OUR GLORIOUS PAST
On this day, 29 JULY 1961, the original Malayan Special Force (MSF) travelling in the US Troopship Blachford arrived at the outer road of Port Klang, too late to go into harbour. Ten and a half months earlier, this MSF drawn from two of the finest units in the Federation Army consisting of A,B and C Coys 4 R Malay and C Squadron 2 Recce (including one Troop from 1 Recce) plus a Signal Troop and elements of Armd Forces Maint Corps (AFMC) had “marry-up” at Imphal Camp, Kuala Lumpur on 13 September 1960. Selanjutnya..

11 TENTERA KITA HANGUS
Semasa bertugas di Pangkalan Tentera Udara Butterworth, banyak peristiwa pahit manis yang saya lalui sebagai pegawai perubatan kanan yang bertanggungjawab ke atas kesihatan dan perubatan seluruh pegawai dan anggota di sana. Salah satunya ialah penglibatan saya dalam istiadat pengkebumian semula Kapt (U) Choo Yeok Boo PGB yang terkorban dalam nahas pesawat Sikorsky Nuri akibat ditembak oleh pengganas komunis pada 26 April 1976. Selanjutnya..

KAPTEN MOHANA CHANDRAN PAHLAWAN GAGAH PERKASA
“Tiada orang  akan menyerang satu kem musuh yang mempunyai 40 orang sedangkan pihaknya hanya berkekuatan 10 anggota tanpa sebarang senjata yang lengkap dan bersesuaian.” – Kapten (B) Datuk Azmi Abdul Hamid Bidin.
Nama Kapten V. Mohana Chandran mungkin jarang didengar mahu pun disebut di kalangan masyarakat terutamanya generasi muda di negara ini. Namun di sebalik catatan sejarah, nama beliau bukanlah asing apatah lagi jasa dan pengorbanannya menghapuskan cubaan komunis tidak akan pernah terbalas. Lebih terkesan apabila semangat cinta dan taat setia terhadap negara telah meragut nyawanya. Selanjutnya..

FORGOTTEN HEROES – MAJOR PATRICK WONG SING NANG (RTD)
I am Major Patrick Wong Sing Nang (Rtd). 31 August 2018 is to be a memorable and proud day in my life. I am going to share my 26 years of service experience while serving in the Army for King and country.
To begin with, I was born and educated in Sibu, Sarawak. I applied to join the Malaysian Armed Forces as a Cadet after completing my Senior Cambridge in 1966. My career started in Royal Military College, Sg Besi on 6 May 1967. I underwent a 2-year Regular Officer Cadet training and was commissioned on 12 April 1969 into the Royal Rangers Regiment. Seterusnya..

PERANG “GANYANG MALAYSIA” PLAMAN MAPU, SARAWAK, 27 APRIL 1965
Jika ada individu di kalangan rakyat Malaysia yang berani mendabik dada bahawasanya konfrantasi Indonesia-Malaysia hanya satu perang mulut sahaja tanpa pertumpahan darah adalah antara mereka yang paling dangkal sejarah.  Ditambah lagi, ada juga segelintir rakyat Malaysia yang gah berselindung disebalik nama-nama besar NGO yang cuba memperkotak-katikkan jasa Veteran Perang Komanwel juga antara mereka yang paling jelek kerana tidak tahu menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka demi keberadaan sebuah negara yang baru dibentuk iaitu Malaysia, 54 tahun dahulu. Seterusnya..

MALAYAN SPECIAL FORCES DI CONGO
Krisis Congo (1960-1966) merupakan tempoh kemelut di Republik Pertama Congo yang bermula dengan kemerdekaan negara tersebut daripada penjajah Belgium dan berakhir dengan rampasan kuasa yang dipimpin oleh Yusuf Mobutu. Dipelbagai lokasi terdapat gerakan yang mempunyai pelbagai ciri-ciri perjuangan anti-penjajah, perang puak pemisah dengan wilayah Katanga, operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pertempuran proksi Perang Dingin antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet dan sepanjang krisis menyebabkan kematian kira-kira 100,000 orang awam dan tentera.  Seterusnya..

PAHLAWAN SAMUDERA
Perang Dunia Kedua melakarkan sejarah penglibatan anak-anak Melayu dalam perang bagi mempertahankan serangan yang hebat ke atas HMS PELANDOK oleh Tentera Udara Jepun pada 8 Februari 1942 dalam siri serangan ke atas Tanah Melayu yang berakhir dengan penyerahan Tentera British kepada Tentera Jepun di Singapura. Memori perang bagi mereka yang masih hidup dan pernah terlibat dalam Perang Dunia Kedua tentunya masih bisa merasakan betapa getirnya untuk berada dalam daerah perang dan melalui pengalaman pahit itu. Royal Navy (Tentera Laut Diraja British) yang berpangkalan di Singapura telah menubuhkan Pasukan Malay Navy dan Pasukan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve (SSNVR) yang dianggotai oleh anak-anak Melayu sebelum Perang Dunia meletus dan ditugaskan di atas kapal perang Royal Navy dan Armed Merchant Ship. Seterusnya..

RAJAWALI
Ura-ura untuk membeli pesawat yang pertama bagi kegunaan tentera telah dibincangkan sebelum negara mencapai kemerdekaan seawal 1956 dengan nasihat pegawai Tentera Udara British (Royal Air Force (RAF) untuk mendapatkan pesawat yang berfungsi sebagai pesawat pengangkut. Fleet pesawat itu nantinya akan berkeupayaan membuat tugasan pengangkutan udara jarak sederhana, pembawa trup, VIP, ambulan udara, tugas gerak saraf zaman darurat, tugas pengeboman terhad, kawalan pantai dan tinjauan fotografi. Seterusnya..

PERANG PASIR PANJANG PENUH GETIR
Kejatuhan Singapura kepada Tentera Jepun pada 15 Februari 1942 dianggap sebagai satu kekalahan terbesar dan tamparan hebat dalam sejarah Tentera Darat British dan mungkin kekalahan yang paling teruk yang dialami oleh Britain dalam Perang Dunia Kedua. Kejatuhan Singapura pada tahun 1942 dengan jelas menunjukkan cara Jepun yang pantas menggerakkan ketumbukan tenteranya untuk berjuang di Timur Jauh iaitu gabungan kelajuan dan kekejaman yang hanya berakhir dengan penggunaan bom atom di Hiroshima pada bulan Ogos 1945. Seterusnya..

ASKAR MELAYU BENTENG PERTAHANAN NEGARA
PUSAT Latihan Rekrut di Port Dickson menyaksikan kewujudan sejarah kewujudan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang pertama dan menjadi pemangkin kepada dunia ketenteraan yang dipelopori oleh anak tempatan di negara ini. Sejarah RAMD bermula pada 1 Mac 1933 dengan 25 orang anggota perintis percubaan. Mereka ialah Osman Enggok, Jantan Abd Rahman, Ismail Tahar, Ibrahim Sidik, Buyong Muhd Yasin, Ahmad Abdullah, Ahmad Nordin C Ngah Abdullah, Abdul Ghafar Abdullah, Ismail Ahmad, Abd Manap Abdullah, Hj Kadir Hj Hassan, LKpl Khamen, Raja lope Nor Rashid Raja Abd Rahman, LKpl Kiffin Ariffin Hj Sulaiman, Ahmad Dong Jaafar, Ahmad Ismail Manaf, Naini (Tukang Masak), Abd Rahman Mohd Yasin, Mohamad Kenit, Awang Abdullah, Mosa Ismail, Osman Yunus, Ahmad Samad Abdullah, Md Taib Jais dan Ismail Mahmood Buyong (Tukang Masak). Seterusnya..