PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1.   Mengumpul, mendaftar, menyimpan, mengawal rekod yang dikenal pasti mempunyai nilai sejarah ATM dan diarkib secara sistematik.

2.   Menjalankan temuduga sejarah lisan (oral history) dengan individu tertentu yang signifikan terhadap sejarah ATM.

3.   Mendokumenkan hasil penyelidikan dan membuat perbentangan dalam forum tertentu bagi mencapai standard serta pengiktirafan pihak luar.

4.   Memainkan peranan sebagai war office bagi rujukan sejarah dan warisan kententeraan ATM.

5.   Membangun dan menguatkuasa dasar serta polisi bagi memelihara sejarah dan warisan ketenteraan ATM.

6.   Menjalin hubungan kolaborasi dengan institusi sejarah, warisan, pengarkiban, institusi pengajian tinggi dan agensi lain di peringkat nasional dan global bagi penyelidikan dan pembangunan strategik sejarah ATM.