Latar Belakang Penubuhan 

Unit Sejarah Angkatan Tentera Malaysia (Unit Sejarah ATM) telah ditubuhkan pada 27 Feb 15. Idea bagi menubuhkan unit ini dicetuskan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT Ke-18) dalam Mesyuarat Sistem Star Rating ATM pada 19 Feb 14. PAT menyuarakan kepentingan bagi mewujudkan sebuah unit sejarah agar peristiwa penting dalam ATM tidak hilang atau lupus untuk kepentingan strategik ATM pada masa hadapan. Unit ini akan memainkan peranan sebagai arkib dan pusat untuk mengumpul, merakam, menyimpan, mendokumentasi rekod yang mempunyai nilai warisan kepada ATM.

Penubuhan Unit Sejarah ATM menggunakan 5 perjawatan yang dimobilisasikan daripada perjawatan MK ATM dan MK Perkhidmatan menggunakan FED (M)/MKATM/1006/1/S1/93-SEMENTARA. Perjawatan ini terdiri daripada 2 orang pegawai (1 x Lt Kol, 1 x Lt Kdr TLDM) dan 3 orang anggota LLP (1 x Sjn U, 2 x Kpl/LKpl). Saluran pemerintahan bagi Perintah dan Disiplin diletakkan di bawah Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan (BOLP) MK ATM, manakala Pentadbiran Tempatan di bawah Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT).

Unit Sejarah ATM juga bertanggungjawab menyelenggarakan rekod-rekod ATM yang dipindahkan kepadanya. Matlamat jangka panjang adalah untuk menjadikan Unit Sejarah ATM sebagai war office berkaitan penyelidikan dan gedung arkib sejarah ATM serta pematuhan kepada Seksyen 9 Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) dalam memelihara rekod dan dokumen penting ATM.