Navigation


      SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI JABATAN ARAH PENDIDIKAN ATM      SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN      SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA


:: INFO RINGKAS ::



Anda berada di: Profil > Sejarah

Sejarah 

SEJARAH KOR PERKHIDMATAN AM

Pasukan Perkhidmatan Am Ditukar Menjadi Kor Perkhidmatan Am (KPA) mulai 16 Mei 1972.

Komponen KPA yang tinggal ialah:

Kor Perkhidmatan Am (Bahagian Kerani)
Kor Perkhidmatan Am (Gaji)
Kor Perkhidmatan Am (Pelajaran)
Kor Perkhidmatan Am (Perhubungan Raya)

Semua Komponen KPA Kecuali KPA (PR) terletak di bawah Bahagian Perkhidmatan Anggota(BPA)

SEJARAH KPA (PENDIDIKAN)

Pada 1 April 1955, dua orang guru telah diserap ke Instructor Branch RMN, KD Malaya untuk mengajar Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains.

Mereka terdiri dari Sub Lt L.A Shepherdson dan Sub Lt Jerome Veerasingam iaitu guru lepasan Maktab Perguruan.

Pada penghujung tahun 1956, Kumpulan Pelajaran Depoh Askar Melayu telah ditubuhkan di Port Dickson.

Jurulatih-jurulatih Pelajaran di situ terdiri daripada anggota pelajaran daripada Royal Army Education Corps (RAEC) dan anggota yang telah mendapat latihan di Far East Training Centre, Nee Soon, Singapura.

Setelah tamat latihan daripada Nee Son, Singapura, mereka dihantar ke unit masing-masing untuk mengajar 'Federation Army Certificate of Education (FACE III)', Bahasa Melayu serta penterjemahan dan jurubahasa di mahkamah.

Di TUDM, Pengajaran akademik bermula pada tahun 1960, Lt Chai seorang guru berijazah telah ditauliahkan ke dalam TUDM dan bertugas sebagai Jurulatih akademik di Sekolah Latihan Teknikal (ITU Kinrara).

Pasukan Perkhidmatan Am (Pelajaran) telah ditubuhkan pada 1 Jan 1960 untuk melaksanakan dasar pelajaran ATM yang diluluskan pada tahun 1959.

Pengambilan Pegawai Pelajaran dimulakan pada tahun 1961.

Pada tahun 1962, Lt Kdr L.A Shepherdson telah menggantikan Mej John Kenneth Willie sebagai Pegawai Turus Gred 2 (Ajar).

Pada tahun 1962, bermula era Kor Perkhidmatan Am (Pelajaran) yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai tempatan hingga ke hari ini.

Dalam tahun 1972, Jabatan Arah Pelajaran telah dirombak di bawah Bahagian Perkhidmatan Am untuk menjadi Jabatan Arah Pelajaran serta gelaran Pegawai Turus Gred 1 (Ajar) ditukar kepada Pengarah Pelajaran.

Pengarah Pelajaran pertama ialah Lt Kol L.A Shepherdson.

Pada tahun 1981, Jabatan Arah ini disusun semula untuk mencerminkan fungsinya yang semakin bertambah. Susunan seperti berikut:

Pejabat Pengarah.
Sel Pentadbiran (Anggota, Latih, Kewangan).
Sel Kemajuan Kurikulum.
Sel Latihan Bahasa dan Terjemahan.
Sel Pelajaran Am/Kebajikan Pelajaran.
Sel Pengajian Tinggi.
Sel Naziran.
Sel Perpustakaan.

Berkuatkuasa mulai 11 Ogos 1997 perkataan "Pelajaran" ditukar kepada "Pendidikan" menjadi Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan).