Kata-kata Aluan Pengarah
SEKAPUR SIRIH
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهdan Salam Sejahtera.Alhamdulillah, segala puji-pujian ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya Laman Web Jabatan Arah Pendidikan dapat terus beroperasi sebagai wadah perkongsian informasi dunia pendidikan ATM kepada seluruh warganya dan rakyat Malaysia. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada pengunjung yang melayari laman web ini. Laman Web Jabatan Arah Pendidikan merupakan sumber inspirasi dan penyebaran maklumat terkini aktiviti Jabatan Arah Pendidikan. Melalui laman web ini juga segala agenda pendidikan dalam ATM dapat disalurkan dengan lebih pantas dan efisien. Sebagai sebuah organisasi yang amat menitikberatkan pembangunan modal insan, agenda pendidikan yang berkualiti dan berterusan sentiasa menjadi perhatian dan keutamaan kami. Saya berharap agar laman web ini akan digunakan oleh orang ramai khususnya warga ATM bukan sahaja untuk mendapatkan maklumat malahan juga untuk berkongsi pandangan dan cadangan demi meningkatkan mutu pendidikan dalam ATM. Akhir kata, saya mengucapkan selamat melayari Laman Web Jabatan Arah Pendidikan. وبالله توفق والحداية السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهdan Salam Sejahtera.Dato' Anuar bin Sabtu |