Navigation


      SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI JABATAN ARAH PENDIDIKAN ATM      SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN      SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA


:: INFO RINGKAS ::



Anda berada di: Produk

Dermasiswa Tabung Pendidikan Kanak-Kanak AT (TPKKAT)


1. Tabung Pendidikan Kanak-Kanak Angkatan Tentera (TPKKAT) adalah sebuah tabung yang berada di bawah Tabung Kebajikan Angkatan Tentera. Ditubuhkan pada 1965 mengikut PMAT 18/65 bagi membantu anggota LLP sahaja dalam memberi bantuan kewangan kepada kanak-kanak yang bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan.

2. MAT Ke-415 pada 17 Mac 2003 telah meluluskan pindaan iaitu PMAT 18/65(A) yang memberikan dermasiswa kepada kanak-kanak bermula dari tahun 3 hingga tingkatan 5 mulai tahun 2003. Bagi ahli yang layak seperti syarat di bawah boleh memohon dengan menggunakan borang BAT G 3 (Pin 1/88). Yuran semasa keahlian Tabung adalah RM10.00. Cara pembayaran yuran keahlian bagi ahli-ahli yang masih berkhidmat, adalah melalui potongan gaji manakala anggota yang berhenti/bersara/balu yang masih meneruskan keahlian, hendaklah dibuat melalui wang pos di atas nama Tabung Kebajikan Angkatan Tentera.

3. Syarat Kelayakan. Antara syarat kelayakan adalah seperti berikut :

a. Telah menjadi ahli selama 3 tahun berturut-turut.

b. Yuran terkumpul RM 30.00.

c. Mempunyai anak yang belajar dari tahun 3 hingga tingkatan 5 di sekolah bantuan penuh kerajaan.

d. Terhad kepada seorang anak sahaja dalam satu tahun.

e. Terus membayar yuran (Bagi LLP yang ditauliahkan menjadi pegawai).

f. Terbuka kepada semua anggota LLP yang masih berkhidmat dan bekas tentera/balu yang masih meneruskan keahlian tabung.

4. Kadar. Nilai dermasiswa yang baru adalah seperti berikut :

a. Tahun 3, 4 dan 5 - RM 200.00.

b. Tahun 6 - RM 250.00.

c. Tingkatan 1 dan 2 - RM 300.00.

d. Tingkatan 3 - RM 350.00.

e. Tingkatan 4 - RM 400.00

f. Tingkatan 5 - RM 450.00

5. Tatacara Memohon. Tatacara permohonan menjadi ahli dan memohon dermasiswa adalah seperti berikut:

a. Permohonan Menjadi Ahli. Permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang disediakan iaitu Kembaran A dan B kepada Peraturan Pentadbiran Pendidikan No. 8 dalam 3 salinan (Muat turun borang). Permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat di atas hendaklah dimajukan ke Jabatan Arah Pendidikan ATM.

b. Memohon Dermasiswa. Permohonan dermasiswa hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang BAT G 3 (Pindaan 1/88) (Muat turun borang). Setiap permohonan hendaklah disertakan nombor ahli Tabung Pendidikan Kanak-Kanak Angkatan Tentera. Di samping memenuhi kreteria di para 36, pemohon harus menyertakan dokumen seperti berikut:

(1) 1 salinan sijil kelahiran setiap anak yang dicatatkan dalam borang permohonan.

(2) 1 salinan BAT C 10 atau Kad Pengenalan ibu bapa/penjaga.

(3) 1 salinan surat akuan sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah/PERBAH 2 (jika anak angkat/tiri).

(4) 1 salinan sijil peperiksaan/slip peperiksaan (UPSR dan PMR) yang disahkan oleh Guru Besar.

(5) 1 salinan Laporan Penggal yang disahkan oleh Guru Besar.

c. Borang permohonan boleh diperolehi di Jabatan Arah Pendidikan, formasi/pangkalan/pasukan atau di Pejabat Tadbir bagi pasukan yang tidak mempunyai Jurulatih Pendidikan.

Keterangan lanjut:
Sel Pendidikan Am
03-20714786/4792/4810/4791

1 Pertandingan Mengarang Esei ATM 2010
2 Pertandingan Mengarang Esei Anak-Anak ATM 2010
3 Skim Pengajian Tinggi ATM
4 Biasiswa YWP Bagi Peperiksaan UPSR Dan PMR 2009 dan UPSR Tahun 2007 dan 2008 dan PMR Tahun 2008
5 Program e-learning
6 Tabung Pinjaman Akademik & Pengajian Tinggi AT (TAPAT)
7 Skim Pinjaman Akademik & Pengajian Tinggi AT (SPAAT)
8 Anugerah Kecemerlangan Akademik ATM
9 Dermasiswa Tabung Pendidikan Kanak-Kanak AT (TPKKAT)
10 Kelas Bimbingan (Tuisyen)
11 Program Motivasi
12 Kemasukan ke MRSM
13 Asrama Putera/Puteri ATM
14 Bantuan Pendidikan PBB Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
15 Perkhidmatan Perpustakaan
16 Perkhidmatan Atas Talian Perpustakaan KEMENTAH
17 Skim Biasiswa YWP Untuk Melanjutkan Pelajaran Ke University Of Nottingham Malaysia
18 Skim Biasiswa Yayasan Warisan Perajurit (UPSR & PMR dan Institut Pengajian Tinggi Awam)
19 Program Bahasa
20 Pertandingan Mengarang Esei Anak-Anak Anggota Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2009
21 Pertandingan Mengarang Esei Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2009
22 Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan 2009 (Sajak dan Syair) Peringkat ATM
23 Kadar Biasiswa Persekutuan Bagi Pegawai Yang Mengikuti Kursus Ijazah Lanjutan Di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta Tempatan
24 Program Ijazah Sarjana Pengurusan (Master Of Management) Secara Separuh Masa Melalui Program K-Force
25 Elaun Bahasa Asing
26 Senarai Pemenang Pertandingan Esei Anak-Anak ATM 2009
27 Senarai Pemenang Pertandingan Esei ATM 2009