Navigation


      SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI JABATAN ARAH PENDIDIKAN ATM      SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN      SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA


:: INFO RINGKAS ::



Anda berada di: Produk

Biasiswa YWP Bagi Peperiksaan UPSR Dan PMR 2009 dan UPSR Tahun 2007 dan 2008 dan PMR Tahun 2008


Borang permohonan Biasiswa YWP Bagi Peperiksaan UPSR Dan PMR 2009 boleh diperolehi dengan mengemukakan sesalinan keputusan Peperiksaan UPSR/PMR (yang mana berkaitan) dan sesalinan BAT C 10 ibubapa atau penjaga yang sah pada atau selepas 13 Nov 2009 di alamat:

Lembaga Tabung Angkatan Tentera
Tingkat Bawah, Jabatan Hal Ehwal Koporat & Pelanggan Bangunan LTAT
Jalan Bukit Bintang
Peti Surat 11542,
50748 Kuala Lumpur.

Permohonan melalui pos juga boleh dibuat dengan mengemukakan satu sampul surat berukuran 20 cm kali 28 cm serta beralamat sendiri dan bersetem lima puluh sen, di luar sampul surat untuk dihantar ke LTAT hendaklah ditulis permohonan Borang Biasiswa di sebelah kiri bahagian atas dan majukan ke alamat:

Lembaga Tabung Angkatan Tentera,
Tingkat 12, Bangunan LTAT,
Jalan Bukit Bintang,
Peti Surat 11542,
50748 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian: Bahagian Biasiswa YWP).

Untuk peperiksaan UPSR mesti mendapat 5A, 4A 1B dan 4A 1C, Bahasa Malaysia salah satu mestilah mendapat A sama ada Penulisan atau Pemahaman. Bagi peperiksaan PMR pula mestilah mendapat sekurangxnya 6 A dan ke atas, Bahasa Malaysia mesti mendapat A .

Tarikh akhir penerimaan Borang Permohonan Biasiswa yang telah lengkap diisi adalah pada atau sebelum 15 Feb 2010 bagi UPSR dan 15 Mac 2010 bagi PMR.

Sebagaimana yang telah diputuskan oleh pihak Pengurusan LTAT, penerima Biasiswa dari kalangan anak ATM bagi Peperiksaan UPSR Tahun 2007 dan 2008 dan PMR Tahun 2008 juga perlu memajukan Laporan Akademik Pelajar kepada Jabatan Arah Pendidikan selewat-lewatnya pada 28 Feb 2010. Kegagalan atau kelewatan akan mengakibatkan pembayaran biasiswa ditamatkan.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dimajukan melalui Jabatan Arah Pendidikan bersama dua salinan dokumen pemohon bagi melicinkan pentadbiran.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi LTAT di talian 03 - 21489777 dan 03 - 21486166 atau layari laman web http://www.ltat.org.my/ywp/biasiswa11.html; atau hubungi Jabatan Arah Pendidikan di talian 03 - 20714786/4810/4791.

1 Pertandingan Mengarang Esei ATM 2010
2 Pertandingan Mengarang Esei Anak-Anak ATM 2010
3 Skim Pengajian Tinggi ATM
4 Biasiswa YWP Bagi Peperiksaan UPSR Dan PMR 2009 dan UPSR Tahun 2007 dan 2008 dan PMR Tahun 2008
5 Program e-learning
6 Tabung Pinjaman Akademik & Pengajian Tinggi AT (TAPAT)
7 Skim Pinjaman Akademik & Pengajian Tinggi AT (SPAAT)
8 Anugerah Kecemerlangan Akademik ATM
9 Dermasiswa Tabung Pendidikan Kanak-Kanak AT (TPKKAT)
10 Kelas Bimbingan (Tuisyen)
11 Program Motivasi
12 Kemasukan ke MRSM
13 Asrama Putera/Puteri ATM
14 Bantuan Pendidikan PBB Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
15 Perkhidmatan Perpustakaan
16 Perkhidmatan Atas Talian Perpustakaan KEMENTAH
17 Skim Biasiswa YWP Untuk Melanjutkan Pelajaran Ke University Of Nottingham Malaysia
18 Skim Biasiswa Yayasan Warisan Perajurit (UPSR & PMR dan Institut Pengajian Tinggi Awam)
19 Program Bahasa
20 Pertandingan Mengarang Esei Anak-Anak Anggota Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2009
21 Pertandingan Mengarang Esei Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2009
22 Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan 2009 (Sajak dan Syair) Peringkat ATM
23 Kadar Biasiswa Persekutuan Bagi Pegawai Yang Mengikuti Kursus Ijazah Lanjutan Di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta Tempatan
24 Program Ijazah Sarjana Pengurusan (Master Of Management) Secara Separuh Masa Melalui Program K-Force
25 Elaun Bahasa Asing
26 Senarai Pemenang Pertandingan Esei Anak-Anak ATM 2009
27 Senarai Pemenang Pertandingan Esei ATM 2009