Navigation


      SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI JABATAN ARAH PENDIDIKAN ATM      SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN      SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA


:: INFO RINGKAS ::



Anda berada di: MUKA DEPAN

PENGUMUMAN TERKINI

Tawaran Kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera DiRaja telah dibuka bermula 17 Ogos 2010 dan akan ditutup pada 30 Sept 2010. Permohonan dibuka kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2010. Permohonan boleh dibuat berdasarkan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2010. Sila layari laman web Maktab Tentera DiRaja di www.rmc.edu.my dan klik menu Kemasukan MTD untuk syarat-syarat kemasukan dan muat turun borang permohonan kemasukan.

BERITA

MESYUARAT PENGETUA DAN GURU BESAR SEKOLAH-SEKOLAH DALAM KEM ATM SIRI 1/2010
Mesyuarat Pengetua dan Guru Besar Siri 1/2010 telah diadakan di Riverside Majestic Hotel, Kuching, Sarawak mulai 28 hingga 30 Apr 2010. Mesyuarat diadakan bertujuan membincangkan perlaksanaan projek-projek senggaraan dan projek khas, pembelian harta modal, pencapaian akademik pelajar serta untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara Pengetua dan Guru Besar dengan Pegawai-Pegawai Pendidikan ATM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Pendidikan ATM dan dihadiri seramai 50 orang ahli yang terdiri dari PS 1 Pendidikan Markas Medan Tentera Darat, wakil dari Jabatan Kerja Raya, Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah dalam Kem ATM, wakil Bahagian Pembangunan Sekolah Jabatan Pelajaran Negeri, wakil Bahagian Logistik Pertahanan, wakil Jabatan Arah Perumahan dan Pembinaan (JP&P), Pegawai Belanjawan BPA Markas ATM, Pegawai Staf Pendidikan Am Jabatan Arah Pendidikan serta Pegawai-Pegawai Pendidikan Formasi yang mempunyai sekolah dalam kem ATM.

Majlis penutup mesyuarat telah disempurnakan oleh YBhg Mej Jen Datuk Abdul Aziz bin Ibrahim, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota pada 30 Apr 2010. Antara fokus utama yang diucapkan adalah berkaitan komitmen guru-guru dalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar kecemerlangan anak-anak ATM dapat ditingkatkan sejajar dengan perolehan material yang dibekalkan kepada sekolah. Sebagai tambahan kepada usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik anak-anak, ATM menerusi Bahagian Perkhidmatan Anggota dan Jabatan Arah Pendidikan, akan sentiasa memberi keutamaan dan membantu semua Sekolah Dalam Kem dengan memberi panduan atau motivasi kepada para pelajar yang akan mengambil peperiksaan. ATM dengan kerjasama agensi seperti LTAT dan TKAT akan terus melaksanakan program-program kecemerlangan akademik yang melibatkan ceramah, teknik pembelajaran dan teknik menjawab soalan serta memberi pengiktirafan kepada anak-anak tentera yang cemerlang dalam akademik. ATM akan sentiasa berusaha agar sekolah-sekolah dalam kem diberi perhatian demi kebaikan semua warga ATM dan penduduk setempat. Mesyuarat Siri 2/2010 dirancang pada bulan Dis 2010 bertempat di Langkawi, Kedah.


AKTIVITI

Tarikh Aktiviti Tempat

Lagi