|
|
|||||
|
▪•Jam : |
|||||
| : : MENU UTAMA : : |
|
Sukan Dalam MSAT (TENIS) |
PENGLIBATAN ATM | ||
|
|
TENIS
Persatuan
Tenis Angkatan Tentera pada tahun 1980an dan awal tahun 1990
banyak menyumbangkan pemain-pemainnya dalam pertandingan di
peringkat negeri dan kebangsaan. Pasukan Tenis ATM pernah
menjuarai Kejohanan Liga Tenis Negeri Sembilan pada tahun 1984.
Di samping itu,pasukan tenis ATM telah beberapa kali menjuarai sukan
tenis dalam Kejohanan Tenis Sukan Tiga Penjuru PPTD/ATM/PDRM pada
tahun 1980an. Selain daripada kejohanan ini, pasukan tenis ATM
juga terlibat dalam Kejohanan Tenis MAKSAK Malaysia. Kejohanan Tenis ATM diadakan untuk mengenal pasti pemain-pemain yang boleh mewakili ATM untuk kejohanan-kejohanan peringkat Kebangsaan. Di antara pemain-pemain yang telah pernah menjadi Johan Tenis Perseorangan ATM ialah Lt Kol (B) R Nadarajah, Mej Charanjit Singh dan Mej Zamri bin Mahmood. Dua orang jurulatih Tenis ATM telah menjadi jurulatih tenis Kebangsaan. Mereka ialah Lt Kol (B) R Nadarajah dan BK (B) KMR Fadillah bin Mohd Ghani. Lt Kol R Nadarajah telah menjadi jurulatih tenis bagi Sukan SEA Ke-12 di Singapura pada tahun 1983. Beliau juga merupakan jurulatih pasukan tenis bagi Piala Davis di Karachi pada tahun 1984. ●Top● |
|
|||
| : : SUKAN DALAM MSAT : : | |||||
|
|
: : Jaringan : : | ||||
|
KEMENTAH
|
|||||
| Hakcipta Terpelihara 2005© MSAT ™ | |||||
|
Majlis Sukan Angkatan Tentera
Malaysia Wisma Pertahanan,Jalan Padang Tembak,50634 KUALA LUMPUR. Tel:03-2071 5662/2184/3709/4183 Fax:03-2071 4040 |
|||||