|
|
|||||
|
▪•Jam : |
|||||
| : : MENU UTAMA : : |
|
Sukan Dalam MSAT (SENI MEMPERTAHANKAN DIRI) |
PENGLIBATAN ATM | ||
|
|
SENI MEMPERTAHANKAN DIRI Tempur Tanpa Senjata (TTS),satu kaedah mempertahankan diri diwujudkan dalam ATM sejak Julai 1982. Ia dicedok daripada taekwondo yang diubahsuai supaya mempunyai cirri-ciri pertahanan diri dalam kombat. Seni ini juga boleh digunakan semasa melaksanakan tugas-tugas ketenteraan awam. Sebelum TTS, seni mempertahankan diri yang diajar dalam ATM ialah ‘Unarmed Combat’. Di samping itu terdapat juga beberapa seni mempertahankan diri seperti Taekwondo, Seni Silat dan Tang Soo Do. Ketika TTS diperkenalkan, seramai 15 orang pegawai dan anggota tentera Republik Korea telah diambil sebagai tenaga pengajar. Beberapa pusat latihan diwujudkan termasuk Sekolah Kor Polis Tentera (PULAPOT). Matlamat yang diberi ketika itu adalah untuk melatih seramai 10,000 anggota dalam tempoh empat tahun dan ia diwajibkan kepada semua anggota yang berumur 30 tahun ke bawah. Setelah jurulatih Korea menamatkan perkhidmatan di negara ini pada tahun bulan Jun 1987, matlamat asal untuk melatih seramai 10,000 anggota terlatih dalam TTS di akhir perkhidmatan mereka tidak tercapai sepenuhnya. Sebaliknya jumlah anggota yang berjaya menjadi jurulatih dengan memegang tali pinggang hitam pada ketika itu adalah seramai lebih kurang 400 orang sahaja. Sekretariat TTS ATM telah mengambil alih peranan untuk meneruskan latihan TTS. Sehingga kini terdapat lebih daripada 50 pasukan yang menganjurkan kursus asas TTS dan Lanjutan TTS. Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) mengiktiraf gred TTS yang diberi kepada anggota ATM.
●Top● |
|
|||
| : : SUKAN DALAM MSAT : : | |||||
|
|
: : Jaringan : : | ||||
|
KEMENTAH
|
|||||
| Hakcipta Terpelihara 2005© MSAT ™ | |||||
|
Majlis Sukan Angkatan Tentera
Malaysia Wisma Pertahanan,Jalan Padang Tembak,50634 KUALA LUMPUR. Tel:03-2071 5662/2184/3709/4183 Fax:03-2071 4040 |
|||||