|
|
|||||
|
▪•Jam : |
|||||
| : : MENU UTAMA : : |
|
Penglibatan ATM (PUNCAK DUNIA) |
PENGLIBATAN ATM | ||
|
|
Pada bulan Mac 1996, Persatuan Mendaki Malaysia (PMM) telah membuka peluang terhad menyertai “Projek Malaysia-Everest 1997” kepada ATM. Tiga orang diterima untuk menyertai projek ini iaitu terdiri daripada Mej Mohamad Rizan bin Mat Hasan dari Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK). Sjn Abd Razak bin Othman dari Rejimen 11 Gerak Khas dan Lkpl Moorthy a/l Maniam dari 21 Gerup Gerak Khas. Kumpulan pendaki yang terpilih ini telah didedahkan kepada pelbagai latihan yang diperlukan. Satu ekspedisi awal telah diadakan pada 21 September 1996 sehingga 3 November 1996. pendaki-pendaki dibahagikan kepada dua kumpulan di mana kumpulan pertama termasuk ketiga-tiga pendaki ATM mendaki Gunung Choukhamba di India manakala kumpulan yang kedua mendaki Gunung Cho Oyu di Nepal. Pada bulan Disember 1996, pendaki-pendaki menjalani latihan penyesuaian akhir di kawasan Manali, India sebelum bermulanya Projek Malaysia Everest 1997. Peserta projek bergerak ke Nepal pada 15 Mac 1997 untuk memulakan pendakian. Pendakian dilaksanakan melalui ‘South Col’. Mereka berjaya menawan Puncak Everest pada 23 Mei 1997. ![]()
●Top● |
|
|||
| : : SUKAN DALAM MSAT : : | |||||
|
|
: : Jaringan : : | ||||
|
KEMENTAH
|
|||||
| Hakcipta Terpelihara 2005© MSAT ™ | |||||
|
Majlis Sukan Angkatan Tentera
Malaysia Wisma Pertahanan,Jalan Padang Tembak,50634 KUALA LUMPUR. Tel:03-2071 5662/2184/3709/4183 Fax:03-2071 4040 |
|||||