



 


|
MAJLIS SUKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
Penghayatan
bersukan dalam ATM sudah sewajarnya seiring dengan usianya. Ia telah
telah lahir dengan tertubuhnya ASKAR MELAYU (kini dikenali
Rejimen Askar Melayu Diraja) pada 1 Mac 1933 menjadi tapak
terbinanya ATM. Didalam tentera,bersukan sudah sebati didalam budaya
tentera. Selama hampir tujuh dekad ini pembabitan sukan dalam ATM
telah mengalami pelbagai revolusi.
Bermula
dengan hanya kegiatan yang biasa bagi mengisi masa jadual
riadah dan reaksi kini menjadi satu aktiviti yang serius sejajar
dengan aspirasi ATM sendiri dan negara. Hampir tujuh dekad yang
dilalui oleh ATM ini secara relatifnya tidaklah begitu lama,namun
disebabkan pergolakan yang dialami oleh negara telah mewujudkan
empat zaman yang berbeza-beza. Zaman tersebut dibahagikan kepada
zaman sebelum perang, pendudukan jepun, selepas perang (hingga 1960)
dan pasca 1960an. Zaman-zaman inilah yang mempengaruhi kegiatan
bersukan dalam ATM. ATM juga mula berkembang denagan pelbagai unit
baru dan perkhidmatan TLDM dan TUDM juga diwujudkan.
Ketika
zaman sebelum perang aktiviti bersukan hanya memenuhi keperluan
fizikal dan reaksi serta sukan yang dimainkan terhad sama ada dari
dari jenis dan tumpuannya. dikalangan anak-anak watan, mereka
mengisi masa lapang dengan bermain sepak raga bulatan tanpa sebarang
pertandingan dan bola sepak sudah agak mantap dan terdapat
pertandigan kecil dijalankan. Ketika itu juga, pertandingan
peringkat tinggi merebut PIALA HMS MALAYSIA yang di
perkenalkan pihak BRITISH dan ia lebih tertumpu kepada
pembabitan TLDM.
Pada
tahun 1937 ragbi dibawa masuk dan dipertandingkan juga untuk merebut
piala yang sama. Menjelang akhir 1940an,kriket mula diperkenalkan .
Kerancakan bersukan semakin terselah selepas perang kira-kira awal
50an. Di KD MALAYA terutamanya,Tinju, Olahraga
dan renang diperkenalkan dengan meluas disamping sukan yang
telah wujud ketika itu.
Menjelang
penubuhan Lembaga Kawalan Sukan ATM pada tahun 1960an, beberapa
jenis sukan baru memasuki senarai sukan dalam ATM seperti tenis
dan triathlon. Hala tuju, persepsi serta penghayatan bersukan
mengalami dimensi atau revolusi baru selepas tertubuhnya MAJLIS
SUKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (MSAT) diwujudkan.
●Top● |



    |