▪•Jam :

:: Selamat Datang Ke Laman Web Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia...::
: : MENU UTAMA : :  

Perlembagaan MSAT

  PENGLIBATAN ATM
Pengenalan
Pencapaian Sukan
Organisasi MSAT
Dasar Sukan AT
Perlembagaan MSATSekretariat MSAT
Olahragawan/Olaragawati
Anugerah Sukan AT
 

PERLEMBAGAAN MSAT


 Ketika ditubuhkan pada tahun 1960, ia dinamakan Lembaga Kawalan Sukan Angkatan Tentera (LKSAT). Ketika itu hanya lapan jenis sukan dan permainan sahaja diwujudkan iaitu :

•
Olahraga
• Bolasepak
•
Hoki padang
•
Ragbi
•
Kriket
•
Renang
•
Sepak Takraw
•
 Tinju

Pada mulanya LKSAT diletakkan bawah pentadbiran Cawangan Latihan Tentera Darat. Penjawat jawatan PS 2 Latih A4 menjadi Setiausahanya. Dipertuannya pula disandang oleh Kolonel Latih Tentera Darat dan Pengarah Urusan Gaji AT dilantik sebagai Bendahari.

 Apabila MSAT ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1983 menggantikan LKSAT, pentadbirannya dipindahkan ke bawah naungan Markas ATM. Perlembagaan dan cartanya digubal semula seperti yang ada sekarang. Walau bagaimanapun penjawatan rasminya hanya diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera pada 31 Januari 1991.

 Kini MSAT menyelaraskan 27 jenis sukan dan satu persatuan pengadil di peringkat ATM melalui Persatuan-Persatuan khusus. MSAT juga mempunyai kawalan terus ke atas ketiga-tiga Lembaga Sukan Perkhidmatan-Perkhidmatan iaitu Lembaga Sukan Tentera Darat (LSTD), Lembaga Sukan Tentera Laut (LSTLDM) dan Lembaga Sukan Tentera Udara (LSTUDM).

 Perjalanan aktiviti MSAT ditadbir oleh Majlis Induk dan Jawatankuasa Kerjanya pula bertanggung jawab terhadap perjalanan harian. Majlis Induk dipimpin oleh seorang Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan tiga orang Naib Yang Dipertua. Pengerusi- Pengerusi Sukan yang lain menganggotai Majlis sebagai Ahli Biasa. Jawantankuasa Kerja (JKK) dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertuan. Ahli-Ahli JKKnya terdiri daripada Pengerusi JKK ketiga-tiga Lembaga Sukan Perkhidmatan. Jawatankuasa-Jawatankuasa ini juga dibolehkan melantik Ahli-Ahli Bersekutu yang terdiri dari Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kecil MSAT yang tertentu, seperti Pengerusi Penyelidikan dan Pembangunan, Pengerusi Tatatertib dan sebagainya. Urusetia MSAT juga dengan sendirinya menjadi Setiausaha kepada Jawatankuasa ini sementara Pengarah UGAT pula dilantik sebagai Bendaharinya.


Top

Sukan SEA XV
Sukan Komanwel Ke-16
Puncak Dunia
Kutub UtaraSukan Tiga PenjuruSukan MalaysiaMAKSAK
: : SUKAN DALAM MSAT : :
Angkat Berat & Bina Badan
Badminton
Bolasepak
Bola Keranjang
Bola Tampar
Golf
Hoki
Judo
Kriket
Memanah
Menembak
Olahraga
Payung Terjun
Perahu Layar
Ragbi
Renang
Seni Mempertahankan Diri
Sepak Takraw
Tenis
Tinju
: : Jaringan : :

KEMENTAH


Tentera Darat Malaysia


Tentera Laut DiRaja Malaysia


Tentera Udara DiRaja Malaysia
 

Hakcipta Terpelihara 2005© MSAT ™
Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia
Wisma Pertahanan,Jalan Padang Tembak,50634 KUALA LUMPUR.
Tel:03-2071 5662/2184/3709/4183 Fax:03-2071 4040