▪•Jam :

:: Selamat Datang Ke Laman Web Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia...::
: : MENU UTAMA : :  

Sukan Dalam MSAT (OLAHRAGA)

  PENGLIBATAN ATM
Pengenalan
Pencapaian Sukan
Organisasi MSAT
Dasar Sukan AT
Perlembagaan MSATSekretariat MSAT
Olahragawan/Olaragawati
Anugerah Sukan AT
 

 OLAHRAGA


 Pertandingan pertama olahraga berbentuk Tiga Khidmat secara formalnya bermula pada tahun 1961. Ia diadakan di padang KEMENTAH berhampiran dengan kolam renang yang sedia ada sekarang. Walaupun boleh dianggap sebagai Tiga Khidmat, penyertaan dari TD sebenarnya lebih menjurus kepada mewakili briged-briged infantry yang ada ketika itu, manakala TLDM dan TUDM masing-masing diwakili oleh satu pasukan. Pertandingan diadakan pada setiap tahun dengan mengalami pelbagai perubahan dan hanya tidak dijalankan pada tahun 1986, 1998 dan 1999.

 BM Yassin Abdullah,
seorang jurulatih dari TLDM dan Mej Lopez yang menjadi Setiausaha Lembaga Sukan AT (LSAT) merupakan dua orang tokoh yang memainkan peranan utama dalam mempelopori pertandingan tersebut. Peralatan-peralatan, kemudahan dan kepakaran sangat terhad. Boring-borang dan kad-kad dibuat sendiri dan pagar-pagar dibuat oleh pasukan Jutra di Taiping. Beberapa peralatan lain diperolehi melalui Depoh Kelengkapan di Kantonmen Batu. Tugas kepegawaian dilaksanakan oleh beberapa orang jurulatih jasmani.

 Format pertandingan telah dipinda pada tahun 1962. TD masih mengekalkan penyertaan melalui bridge-bridge, manakala TLDM dan TUDM pula masing-masing diwakili oleh dua pasukan.

 Pertandingan-pertandingan era prapenubuhan Persatuan Olahraga AT(POAT) dikelolakan terus oleh LSAT. Maka itu pada peringkat awalnya ia tertumpu di sekitar Kuala Lumpur iaitu di padang KEMENTAH dan Kantonmen Batu. Selepas penubuhan POAT, semua pertandingan dikelolakan sendiri sehinggalah tahun 1982, pengelolakannya mula digilirkan di antara TD, TLDM dan TUDM seperti sekarang.

 Mulai akhir tahun 70an, POAT diterima menyertai Kejohanan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM)sebagai pasukan jemputan. Pada 15 Januari 1983. POAT dengan rasmiya diterima sebagai salah satu Ahli Gabungan KOAM.

 


 


Top

Sukan SEA XV
Sukan Komanwel Ke-16
Puncak Dunia
Kutub UtaraSukan Tiga PenjuruSukan MalaysiaMAKSAK
: : SUKAN DALAM MSAT : :
Angkat Berat & Bina Badan
Badminton
Bolasepak
Bola Keranjang
Bola Tampar
Golf
Hoki
Judo
Kriket
Memanah
Menembak
Olahraga
Payung Terjun
Perahu Layar
Ragbi
Renang
Seni Mempertahankan Diri
Sepak Takraw
Tenis
Tinju
: : Jaringan : :

KEMENTAH


Tentera Darat Malaysia


Tentera Laut DiRaja Malaysia


Tentera Udara DiRaja Malaysia
 

Hakcipta Terpelihara 2005© MSAT ™
Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia
Wisma Pertahanan,Jalan Padang Tembak,50634 KUALA LUMPUR.
Tel:03-2071 5662/2184/3709/4183 Fax:03-2071 4040