



 


|
PERKARA
1. TAKRIF
Dalam mentafsirkan peraturan-peraturan dan sesuatu undang-undang
kecil yang digubal di bawahnya melainkan kandungan ayatnya
mengkehendaki makna yang lain:
“Atlit” bermakna ahli-ahli sukan ATM yang terlibat dalam apa
juga bentuk sukan yang diiktiraf di dalam ATM. Takrif ini juga
merangkumi ahli sukan kategori kurang upaya dan veteran.
“JKK” bermakna Jawatankuasa Kerja yang pada masa itu dipilih
atau dilantik di bawah peraturan-peraturan ini.
“Majlis” bermakna Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT).
“Mesyuarat Agung” bermakna Mesyuarat Agung Tahunan dan
termasuk juga mana-mana Mesyuarat Agung Luar Biasa MSAT.
“Pentadbir Sukan” bermakna mana-mana anggota ATM yang
melibatkan diri dalam organisasi sukan atau persatuan-persatuan di
dalam ATM.
“Persatuan” bermakna mana-mana persatuan yang menjalankan
kawalan eksklusif ke atas mana-mana bidang sukan amatur di dalam
Angkatan Tentera Malaysia (ATM).“Setiausaha” bermakna
Setiausaha MSAT.
PERKARA 2. FALSAFAH SUKAN
Sukan adalah aktiviti rasmi di dalam
ATM. Semua anggota ATM
diwajibkan melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sukan samada
sebagai atlit, penyokong, penganjur dan sebagainya. Selain daripada
meningkatkan ketahanan fizikal, mental dan membina semangat setia
kawan (esprit de corps), sukan juga mengharumkan serta meninggikan
imej ATM di khalayak awam.
Setiap Atlit sukan yang
berpotensi sewajarnya diberi kemudahan-kemudahan yang sedia ada
serta galakan dan insentif untuk terus maju. Pihak individu pula
harus menanam hasrat untuk mencapai kejayaan dalam bidang sukan yang
diceburi.
Latihan dan kursus di dalam dan di luar negeri
juga akan diberi/disediakan kepada mereka yang berbakat.
Bersesuaian dan tertakluk kepada keadaan serta kemampuan, subsidi
kewangan juga akan dipertimbangkan kepada atlit sukan semasa
menjalani latihan dan semasa mewakili ATM atau negara di dalam
kejohanan sukan.
Anggota yang mencapai kejayaan di dalam
bidang sukan dan mengharumkan imej ATM akan diberi penghargaan,
anugerah serta insentif yang sewajarnya.
Setiap anggota
ATM harus memberi sokongan moral kepada atlit sukan ATM atau pasukan
ATM semasa pertandingan dijalankan. Kejayaan di arena sukan bukan
sahaja tertumpu kepada pemainnya malahan juga melibatkan kerjasama
setiap peringkat anggota ATM dari segi sokongan moral dan bantuan
kemudahan.
Setiap anggota ATM harus memahami konsep
kesukanan demi meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan sikap.
Adalah diharapkan mereka akan terus berusaha sedaya upaya untuk
meningkatkan profesionalisme dan kepimpinan dalam pengurusan serta
pencapaian sukan.
[Muka 1|Muka 2|Muka 3|Muka 4|Muka 5|Muka 6|Muka 7|Muka 8|Muka
9|Muka
10]
●Top● |



    |