▪•Jam :

:: Selamat Datang Ke Laman Web Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia...::
: : MENU UTAMA : :  

Sukan Dalam MSAT (KRIKET)

  PENGLIBATAN ATM
Pengenalan
Pencapaian Sukan
Organisasi MSAT
Dasar Sukan AT
Perlembagaan MSATSekretariat MSAT
Olahragawan/Olaragawati
Anugerah Sukan AT
 

 KRIKET


  Kriket dalam ATM mula diperkenalkan sejak akhir tahun 1940an dan tertumpu kepada pembabitan pegawai dan anggota British sahaja.

 Selepas kemerdekaan,
kriket dipopularkan dalam ATM oleh Jen (B) Ungku Nazarudin dengan memperkenalkan piala “Osman Jewa”. Selain daripada itu, beliau juga telah menubuhkan pasukan Kriket Pegawai Melayu yang dikenali “Sri Lara” dan mengambil bahagian dalam kejohanan antara negeri-negeri bagi merebut “Ruler’s Shield” anjuran Malays Criket Association.

 
Pada akhir tahun 1960an, Pengarah Perubatan ATM Brig Jen (Dr) D A Lopez telah memperkenalkan piala Denis Lopez untuk Kejohanan Kriket Antara Perkhidmatan. Dari kejohanan tersebut, ATM telah melahirkan pemain-pemain kebangsaan/antarabangsa seperti Mej (B) Lakhbir Singh, Lt Kdr (B) Karu Selvaratnam TLDM, Mej (Dr) Paleswaran, App Rakesh Chandra dan Peg Kdt U Chan Wye Mun.

 Kriket ATM menjadi juara MAKSAK pada tahun 1986 hingga 1990 dan juara Liga Kebangsaan Divisyen Dua pada tahun 1996 dan 1997. Program junior mula diperkenalkan oleh Brig Jen (Dr) Mohamad Termidzi khusus di Maktab Tentera DiRaja yang setakat ini telah melahirkan 70 orang pemain junior.

 
Di samping itu gelanggang di ATMA juga pernah dipilih sebagai venue bagi kejohanan Trofi Asian Cricket Council (ACC) pada 1996 dan Trofi Internasional Cricket (ICC) pada 1997 serta sebagai “venue” simpanan sewaktu Sukan Komanwel Ke-16.













 


Top

Sukan SEA XV
Sukan Komanwel Ke-16
Puncak Dunia
Kutub UtaraSukan Tiga PenjuruSukan MalaysiaMAKSAK
: : SUKAN DALAM MSAT : :
Angkat Berat & Bina Badan
Badminton
Bolasepak
Bola Keranjang
Bola Tampar
Golf
Hoki
Judo
Kriket
Memanah
Menembak
Olahraga
Payung Terjun
Perahu Layar
Ragbi
Renang
Seni Mempertahankan Diri
Sepak Takraw
Tenis
Tinju
: : Jaringan : :

KEMENTAH


Tentera Darat Malaysia


Tentera Laut DiRaja Malaysia


Tentera Udara DiRaja Malaysia
 

Hakcipta Terpelihara 2005© MSAT ™
Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia
Wisma Pertahanan,Jalan Padang Tembak,50634 KUALA LUMPUR.
Tel:03-2071 5662/2184/3709/4183 Fax:03-2071 4040