▪•Jam :

:: Selamat Datang Ke Laman Web Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia...::
: : MENU UTAMA : :  

Dasar Sukan

  PENGLIBATAN ATM
Pengenalan
Pencapaian Sukan
Organisasi MSAT
Dasar Sukan AT
Perlembagaan MSATSekretariat MSAT
Olahragawan/Olaragawati
Anugerah Sukan AT
 

 DASAR & FALSAFAH SUKAN ATM


 Sukan digolongkan kepada sukan untuk semua dan sukan berprestasi tinggi. MSAT diberi tanggungjawab untuk di atas kawalan sukan berprestasi tinggi. Sukan untuk semua yang membabitkan peryertaan ramai, dan lebih menjurus kepada pembangunan fizikal, social, emosi, dan akal dengan tidak memperhitungkan kemenangan atau kecemerlangan. Kawalan MSAT ke atas setiap badan sukan dilaksanakan melalui Persatuan-Persatuan yang mempunyai perlembagaan mereka masing-masing. Pada prinsipnya MSAT hanya dipertanggungjawabkan terhadap dalam kawalan hal ehwal dasar dan kewangan dan tidak mencampuri dalam hal ehwal teknikal yang menjadi asas kepada pembentukan persatuan-persatuan tertentu. 

 Sebagai badan induk kepada kegiatan sukan, MSAT mestilah dirujuk dalam apa juga perkara dasar yang membabitkan penglibatan anggota atau pertubuhan  tentera dengan badan atau pertubuhan bukan tentera, sama ada badan kerajaan atau bukan kerajaan. Ini termasuklah dalam hal-hal anggota atau pertubuhan tentera yang diminta mewakili kelab-kelab tertentu, negeri atau negara. Adalah dianggap sudah menyalahi peraturan tentera sekiranya langkah ini tidak dipatuhi. Risiko yang dihadapi oleh pihak yang gagal mematuhi keperluan ini akan menjadi bertambah rumit andainya dalam sesuatu pertandingan itu ATM juga mengambil bahagian; maka pembabitan anggota tersebut boleh dibatalkan sekiranya anggota atau pasukan ATM yang sama bertanding itu membuat bantahan.MSAT juga mempunyai kawalan terus dalam perkara-perkara dasar terhadap Lembaga-Lembaga Sukan Tiga Khidmat iaitu LSTD, LSTLDM dan LSTUDM.

 Dalam usaha merealisasikan falsafah, impian dan hasrat yang tersurat dan tersirat dalam piagam MSAT pelbagai langkah positif diatur. Arahan-arahan dan peraturan susulan dikeluar dan dilaksanakan sepanjang masa. Seperkara yang menarik dan mungkin kurang difahami sebilangan warga tentera, bahawa Perlembagaan MSAT mentakrifkan sukan sebagai aktiviti rasmi ATM.

         

 MSAT selanjutnya memberi ruang mengiktiraf sumbangan setiap warganya melalui aktiviti bersukan terutama kepada mereka yang mengharumkan imej ATM. Pelbagai bentuk penghargaan disampaikan dan disalurkan pada sebilangan masa atau pada hari-hari tertentu. MSAT juga mempunyai skim insentif dan penghargaan. Skim Insentif ini lazimnya berupa ‘ganjaran’ yang dapat diberikan kepada atlet yang cemerlang.       


Top

Sukan SEA XV
Sukan Komanwel Ke-16
Puncak Dunia
Kutub UtaraSukan Tiga PenjuruSukan MalaysiaMAKSAK
: : SUKAN DALAM MSAT : :
Angkat Berat & Bina Badan
Badminton
Bolasepak
Bola Keranjang
Bola Tampar
Golf
Hoki
Judo
Kriket
Memanah
Menembak
Olahraga
Payung Terjun
Perahu Layar
Ragbi
Renang
Seni Mempertahankan Diri
Sepak Takraw
Tenis
Tinju
: : Jaringan : :

KEMENTAH


Tentera Darat Malaysia


Tentera Laut DiRaja Malaysia


Tentera Udara DiRaja Malaysia

 

Hakcipta Terpelihara 2005© MSAT ™
Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia
Wisma Pertahanan,Jalan Padang Tembak,50634 KUALA LUMPUR.
Tel:03-2071 5662/2184/3709/4183 Fax:03-2071 4040