Utama > Mengenai Kami > Penubuhan KSSKA
        PENUBUHAN KSSKA
KSSKA telah ditubuhkan dengan tujuan utama untuk memanfaatkan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2004 iaitu Peruntukan Khas Kerajaan bagi melaksanakan aktiviti sosial, kebajikan dan sukan di Jabatan Kerajaan. Melalui Pekeliling Perbendaharaan ini, pemberian peruntukan khas oleh Kerajaan yang diberi melalui peruntukan belanjawan tahunan Kementerian hanya diberikan kepada kelab yang ditubuhkan di peringkat Kementerian dan Jabatan sahaja dan telah mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Bagi mengambil peluang serta mendapatkan manfaat daripada Pekeliling Perbendaharaan ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menubuhkan KSSKA. Cadangan penubuhan KSSKA telah diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP) Ke-388 yang bersidang pada 24 Mac 2005. Berdasarkan kepada kelulusan ini dan seterusnya pengesahan ke atas penubuhan KSSKA oleh Majlis Angkatan Tentera (MAT) yang Ke-488, satu jawatankuasa penaja telah dibentuk.

Jawatankuasa penaja ini diketuai oleh YBhg Laksamana Tan Sri Ilyas bin Hj Din, Panglima Tentera Laut pada ketika itu dan seterusnya beliau juga telah dilantik sebagai Yang Dipertua KSSKA yang pertama. KSSKA telah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984. Beroperasi secara rasminya pada 08 Mac 2006 sebagai sebuah pertubuhan peringkat persekutuan tanpa sebarang cawangan dengan Nombor Pendaftaran Kelab 0180-06-WKL.





 
   Copyright © 2018 Kelab Sukan, Sosial & Kebajikan ATM. All Rights Reserved. Visitor Hits : 15534