Utama > Mengenai Kami > Objektif Penubuhan KSSKA
        OBJEKTIF PENUBUHAN KSSKA
Tujuan utama penubuhan KSSKA ialah untuk memanfaatkan Peruntukan Khas kerajaan. Objektif Kelab ini diwujudkan bagi tujuan berikut:-

Memanfaat sumber kewangan dari kerajaan dan Yuran Keahlian Kelab secara berterusan setiap tahun dengan menyalurkannya dengan adil dan saksama kepada setiap Perkhidmatan Darat, Laut serta Udara dan Penerima Faedah seperti Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT), Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) dan Sekretariat KSSKA dengan menggunakan mekanisme yang sedia ada bagi mengoptimumkan pembangunan sukan di dalam ATM dan juga meningkatkan aktiviti sosial, kebajikan/agama di peringkat markas dan unit-unit.

Menyediakan peruntukan kewangan bagi pembiayaan alat-alat kelengkapan dan kemudahan sukan untuk ahli-ahlinya.

Menjalankan ikhtiar bagi kemajuan ekonomi, kebajikan, sosial dan kelas bimbingan untuk ahli dan keluarga mereka serta mengekalkan perasaan muhibah dan persefahaman di kalangan ahli-ahlinya.

Memberikan segala bentuk bantuan kebajikan, kemudahan dan kesenangan yang difikirkan perlu serta dalam kemampuan Kelab pada ahli dan keluarga mereka. Semua wang dari keuntungan yang didapati oleh Kelab ini dari hasil penyertaan dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan hendaklah digunakan semata-mata untuk melanjutkan tujuan Kelab ini dan tidak sebahagiannya pun daripadanya atau keuntungan atau bonus diagihkan kepada mana-mana ahli kelab. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar saguhati atau imbuhan atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Kelab ini.

Mengekalkan nama baik dan menanam semangat setiakawan di kalangan ahli-ahli KSSKA.
Meningkatkan aktiviti-aktiviti keluarga melalui aktiviti BAKAT secara bersepadu.





 
   Copyright © 2018 Kelab Sukan, Sosial & Kebajikan ATM. All Rights Reserved. Visitor Hits : 6982