Home Kata-kata Aluan
Kata-kata Aluan PDF Print E-mail

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah perkenanNya jua Majlis Pelancaran Penubuhan Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (KSSKA) dapat dilaksanakan pada tahun ini.

 

KSSKA merupakan kelab pertama di dalam ATM yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan MALAYSIA (ROS). Pendekatan ini diambil supaya ATM dapat memanfaatkan Peruntukan Khas Kerajaan seperti yang terkandung dalam Perkeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2004. KSSKA bertujuan untuk meningkatkan aktiviti dan pembanggunan sukan dalam ATM. Selain daripada itu, sumbangan bulanan warga tentera telah dikurangkan daripada jumlah yang sedia ada.

 

Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Panglima Perkhidmatan yang telah memberi sokongan padu khususnya dalam merancangkan penubuhan KSSKA.

 

Saya menyeru kepada semua untuk berusaha menjadikan KSSKA sebagai sebuah kelab yang berjaya dan sekaligus melakar sejarahnya tersendiri. Akhir kata, saya mendoakan semoga akan terus maju.

 

Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

 
Template created by SkullTheme