Home
Aktiviti Bakat PDF Print E-mail

LAWATAN MUHIBAH BAKTI ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (ABDB) KE MIRI SARAWAK

 

Lawatan Muhibah BAKTI ABDB telah diadakan di Miri, Sarawak pada 17 dan 18 Disember 2011 bersempena Mesyuarat Dua Hala ATM dan ABDB.  Aktiviti tahunan secara selang seli ini telah dianjurkan oleh BAKAT ATM.

 

Pelbagai acara telah dirancang semasa lawatan muhibah ini berlangsung antaranya Majlis Ramah Mesra, Demonstrasi Masakan dan Hi-Tea serta Pertandingan Boling antara BAKAT ATM dengan BAKTI ABDB. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim yang sedia terjalin di antara BAKAT ATM dengan BAKTI ABDB di samping dapat berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pendapat dalam menjalinkan hubungan dua hala Malaysia - Brunei.

 

 

 

 

 
Template created by SkullTheme