Home
MK Land Holding Berhad dan Kumpulan EMKAY PDF Print E-mail

TAWARAN PROMOSI KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DAN PRODUK-PRODUK KEPADA WARGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Memorandum persefahaman di antara MK Land Holdings Berhad dan Kumpulan EMKAY  dengan Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (KSSKA) telah ditandatangani pada 14 September 2009.

Objektif memorandum persefahaman ini adalah bertujuan untuk mempromosi kemudahan-kemudahan pelancongan dan tempat riadah oleh MK Land dan Kumpulan EMKAY kepada ahli-ahli KSSKA, agar mereka dapat menikmati kemudahan yang disediakan.

Penawaran promosi tersebut oleh pihak MK Land dan Kumpulan EMKAY kepada ahli KSSKA adalah dengan syarat, ahli KSSKA perlulah mempamerkan Kad Pengenalan Tentera semasa tempahan dibuatkan.

Tawaran Promosi:

  1. 15% potongan harga tiket (maksima 5 orang per keluarga) bagi `walk in customer` untuk kemudahan seperti berikut:

a)      Taman Tema Air, Bukit Merah Laketown Resort

b)      Taman Eco, Bukit Merah Laketown Resort

c)      Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort

  1. 30% potongan harga tiket bagi tujuan riadah dan/atau bilik penginapan tertakluk kepada minima 30 orang 01 kumpulan serta permohonan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh pendaftaran, dan juga tertakluk kepada kesediaan bilik pada satu-satu masa di tempat-tempat seperti berikut:

a)      Taman Tema Air, Bukit Merah Laketown Resort

b)      Taman Eco, Bukit Merah Laketown Resort

c)      Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort

d)      Penginapan bagi semua kategori bilik di Bukit Merah Laketown Resort, Taiping Golf Resort, Belum Rainforest Resort dan Langkawi Lagoon Resort

  1. 15% potongan harga bagi penginapan di resort-resort di bawah Kumpulan EMKAY dan MK Land Holdings Berhad untuk ‘walk in customer’:

a)      Belum Rainforest Resort, Pulau Banding, Gerik, Perak

b)      Bukit Merah Laketown Resort, Semanggol, Perak

c)      Taiping Golf Resort, Kamunting, Perak

d)      Langkawi Lagoon Resort, Langkawi, Kedah

  1. 15% diskaun bagi kadar caj `green fees` dan sewaan `buggy` di Taiping Golf Resort tertakluk kepada syarat tempahan hendaklah di buat tidak kurang dari 7 hari dan minima 15 orang per kumpulan.

Adalah di harapkan dengan kemudahan yang di berikan seperti di atas akan dapat membantu pihak KSSKA dalam mencapai objektif memberi kemudahan dan memupuk semangat setiakawan, kebajikan serta ‘sense of belonging’ di kalangan ahli Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM.

 
Template created by SkullTheme