Sekarang Ditalian

 4 guest ditalian

Login Pengguna

Selamat Datang ke Laman Web KSSKA

Ucapan Oleh YDP KSSKA Di Mesyuarat Agung Ke-10

Attention, open in a new window. PDFPrintE-mail

 

 

   JEN TAN SRI DATO' SRI ROSLAN BIN SAAD TUDM    
PANGLIMA TENTERA UDARA
YANG DIPERTUA

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia 

 

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin serta rahmayNya, kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari ini bagi melaksanakan Mesyuarat Agung Kesepuluh Kelab Sukan, Sosial dan Kebajikan ATM (KSSKA).
 
Saya, selaku Yang Dipertua KSSKA, mengalukan kehadiran semua ahli-ahli ke Mesyuarat Agung KSSKA pada tahun ini.  Bagi semua pihak, saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Sri (DR) Hj Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera merangkap Penaung KSSKA, kerana dapat meluangkan masa hadir dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Kesepuluh KSSKA pada pagi ini.  Penghargaan dan terima kasih juga kepada Kolonel Hj Muhammad Shafiq bin Jahudi TUDM, Komandan Institut Latihan Tentera Udara (ITU) serta seluruh warga di atas segala persiapan, sokongan dan komitmen bagi menjayakan Mesyuarat Agung Kesepuluh ini.  Tidak ketinggalan kepada Brigedier Jeneral Mas'od bin Hj Muhammad, Panglima 2 Briged yang telah menghulurkan bantuan dan kerjasama membantu Institut Latihan Tentera Udara bagi memenuhi keperluan Mesyuarat Agung ini.
 
Saya juga berasa amat berbangga kerana inilah Mesyuarat Agung KSSKA kali yang ketiga dapat dilaksanakan diluar Lembah Kelang.  Sebelum ini KSSKA hanya pernah malalsanakan Mesyuarat Agungnya di Pengkalan Udara Kuantan pada tahun 2009 (Mesyuarat Agung Ketiga) dan di Markas Wilayah Laut 1, TLDM Tanjung Gelang Kuantan pada tahun 2014 (Mesyuarat Agung Kelapan).  Terima kasih kepada semua.
 
Sebagaimana yang kita semua maklum, sumber perolehan kewangan KSSKA adalah melalui dua sumber utama iaitu Yuran Keahlian dan Peruntukan Khas daripada Kerajaan yang berupa Sumbangan Asas dan Geran Sepadan.  Pada setiap tahun, sumber kewangan ini akan diagihkan kepada Markas ATM dan ketiga-tiga cabang Perkhidmatan ATM, Majlis Sukan Angkatan Tentera dan Badan Kebajikan Keluarga ATM (BAKAT).
 
Sebagai maklumat, pada tahun 2015, sejumlah RM 7,754,865.50 yang meliputi Yuran Keahlian, Sumbangan Asas dan Geran Sepadan telah diagihkan kepada Penerima Faedah.  Manakala bagi tahun ini (2016), sejumlah RM 7,764,542.00 juga akan diagihkan kepada semua Penerima Faedah, ini menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak RM 9,676.50.  Di samping itu, sukacitanya dimaklumkan sebanyak RM 23,000.00, iaitu hasil dividen dari pelaburan sebelum ini akan turut diagihkan dan menjadikan jumlah agihan adalah sebanyak RM 7,787,542.00. 

Seterusnya....

 

Mesyuarat Agung Kesepuluh KSSKA

Attention, open in a new window. PDFPrintE-mail

Mesyuarat Agung Kesepuluh KSSKA telah berlangsung dengan jayanya pada hari Jumaat, 4 April 2016 bertempat di Dewan Rajawali, Institut Latihan Tentera Udara, Ipoh, Perak.

Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh seramai 900 ahli KSSKA, yang kebanyakannya dari unit-unit di dalam Negeri Perak dan sejumlah kecilnya dari Kuala Lumpur bagi mewakili Markas Angkatan Tentera Malaysia.

Pihak sekreteriat KSSKA ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran mesyuarat pada kali ini.

 

 

   

Page 1 of 1

  • Start
  • Prev
  • 1
  • Next
  • End