logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

PERJUANGAN SUCI KAGAT MEMARTABATKAN ISLAM DAN PERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

kagat

PORT DICKSON, 16 Apr - Seramai 39 pegawai dan 98 Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang diketuai oleh Lt Kol Mohd Hamzah Adam terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) KAGAT ke-32 disempurnakan oleh Pengerusi KAGAT, Mej Jen Dato’ Hj Kamarudin Hj Mamat di Institut Latihan Dan Kefahaman Islam ATM (ILMI) pada 16 Apr 2017.

kagat1

Dalam perutusan HUT ini, Pengerusi KAGAT menyatakan bahawa perbarisan ini khusus bagi meraikan dan mendengar perutusan Pengerusi Kor yang juga Ketua Pengarah KAGAT sedang berlangsung secara serentak di tujuh zon pemerintahan di seluruh negara untuk dijadikan pandu arah dan pedoman meneruskan kesinambungan perjuangan suci bagi memartabatkan Islam dan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

kagat2

Terdahulu sebelum itu Pengerusi KAGAT menyampaikan sijil kepujian kor kepada empat pegawai dan sembilan anggota LLP KAGAT serta menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 10 anggota LLP KAGAT.