logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

'GRACING CEREMONY' SIGNIFIKAN SEGMEN MARITIM LIMA'17 DIBUKA

NAVY OPENING2

Langkawi, 21 Mac – Bersempena LIMA'17, TLDM telah mengadakan Gracing Ceremony dan demonstrasi oleh pasukan-pasukan keselamatan yang melibatkan aset penguatkuasaan agensi bagi pembukaan rasmi Segmen Maritim. Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hadir bagi merasmikan majlis ini. Majlis yang telah melibatkan pelbagai syarikat pempamer terbesar seperti THALES, MAST, ACS dan SAAB yang turut menggunakan platform ini untuk memperkenal teknologi terkini yang dimiliki.

NAVY OPENING3

Keunikan majlis pelancaran Segmen Maritim LIMA'17 pada kali ini dilaksanakan melalui misi pencarian kotak yang mengandungi ‘Kunci Utama’. Misi ini turut melibatkan pasukan elit TLDM iaitu Pasukal Khas Laut (PASKAL). Kunci yang telah berjaya dijumpai hasil pencarian peralatan canggih tanpa bantuan manusia ini telah diserahkan kepada Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Haji Ahmad Badaruddin dan seterusnya kepada Perdana Menteri Malaysia.

NAVY OPENING

Demonstrasi bot telah berlangsung meriah dengan pertunjukan aksi-aksi menarik daripada pasukan elit pasukan keselamatan terdiri daripada PASKAL, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia dengan bertemakan “Misi Menyelamat Tebusan di Laut”. Turut hadir menyaksikan majlis ini adalah wakil-wakil Kementerian Pertahanan dan ATM serta wakil-wakil industri yang menjadi syarikat pempamer TLDM.

NAVY OPENING4