Kuala Lumpur, 3 Feb 17 – Brig Gen Dr Leong Weng Foon (Bersara), Presiden Persatuan Veteran Kaum Cina Tentera Darat Malaysia (MACVA) serta ahli tertinggi persatuan mengadakan lawatan serta majlis penyerahan sumbangan kepada pesakit-pesakit Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur (HATTM) sempena perayaan Tahun Baru Cina 2017 (Lunar New Year). Lawatan dilaksanakan atas keprihatinan dan tanggungjawab sosial MACVA sebagai tanda penghargaan persatuan tersebut kepada Angkatan Tentera Malaysia.
Persatuan Veteran Kaum Cina Tentera Darat Malaysia (MACVA) telah ditubuhkan pada 31 Aug 16 di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia. MACVA menyasarkan penyertaan golongan muda bukan Bumiputera khususnya masyarakat Cina menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Penglibatan kaum cina dalam ATM amnya dan TD khasnya bermula seawal tahun 1950an. Sebilangan daripada mereka pernah terlibat dalam Home Guard, Templer’s Super 12 dan Misi Keamanan Congo, Konfrantasi pada 1960an, kempen menentang Parti Komunis Malaya dan Parti Komunis Kalimantan Utara hingga misi keamanan Bangsa-Bangsa Bersatu yang terbaru.
Untuk permulaan, MACVA telah merangka tiga projek iaitu program membina semangat keanggotaan dan kepimpinan dengan fokus kepada golongan muda tanpa mengira kaum. Kedua, mewujudkan motivasi kepada golongan muda khususnya dari bangsa cina untuk menyertai TD sebagai kerjaya dan mengadakan ceramah kesihatan dan cara hidup sihat di kalangan masyarakat