logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

PERBARISAN PERUTUSAN PERINTAH ULUNG PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE-19

PERUTUSAN1

KUANTAN, 23 Jan 17 – YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor telah mengambil alih tampuk pimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 16 Dis 16 dan merupakan Panglima Angkatan Tentera yang ke-19.

PERUTUSAN2

Hari ini YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera ke-19 telah menyampaikan Perintah Ulung beliau untuk di amati oleh setiap lapisan warga ATM.  Beliau telah menyampaikan Perintah Ulungnya di hadapan lebih kurang 2000 warga ATM di Pangkalan Udara Kuantan serta dipancarkan secara langsung ke semua peringkat Markas Formasi, Divisyen, Briged, Pangkalan dan unit di seluruh Malaysia melalui Video Conferencing (VC).

PERUTUSAN3

Perintah Ulung beliau menggariskan aspek-aspek utama halatuju ATM di bawah kepimpinan beliau yang perlu dihayati oleh seluruh kepimpinan ATM serta warganya agar mencapai aspirasi ATM dalam menuju ke arah sebuah ketumbukan angkatan yang dihormati di rantau ini selari dengan Visi dan Misi ATM.

PERUTUSAN4

Di atas kebersamaan semua peringkat dan lapisan warga ATM dari ketiga-tiga perkhidmatan, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor berharap akan terus memimpin ATM ke arah kecemerlangan.