logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

Profil Panglima Angkatan Tentera

 PAT POSTER RASMI

JENERAL TAN SRI DATO’ SERI PANGLIMA HJ ZULKIFLI BIN HJ ZAINAL ABIDIN

PGAT PSM PJN SIMP SPTS SPMT SSTM SPKK DHMS DGPN PSAT DPTS DPMS DGMK PAT JSM KMN BSK AMK PJM rcds mpat lmt FCILT MM (AIM) Manila ADBM (Wales)

PANGLIMA ANGKATAN TENTERA

         

Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin telah dilahirkan di Port Weld, Taiping Perak pada tanggal 30 November 1958. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Lenggong, Perak dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera Diraja. Beliau telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 21 Disember 1978 ke dalam Kor Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Panglima Angkatan Malaysia Ke-20 bermula 20 Jun 2018.


            Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan dari Asian Institute of Management, Manila, Filipina. Selain itu, Tan Sri Hj Zulkifli juga memperolehi Diploma Lanjutan dalam Perniagaan dan Pengurusan (Kepujian) dari Swansea Institute of Higher Education, University of Wales. Beliau juga mempunyai diploma MTAT, MPAT dan Diploma dari Royal College of Defence Studies (Imperial Defence College), London. Tan Sri Hj Zulkifli juga telah menghadiri pelbagai kursus-kursus akademik dan ketenteraan di luar negara seperti di New Zealand, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

            Jeneral Tan Sri Hj Zulkifli telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat staf, pemerintahan dan latihan di pelbagai peringkat Tentera Darat dan Angkatan Tentera, termasuk sebagai Pegawai Staf Kanan kepada Panglima Angkatan Tentera pada tahun 2001. Mempunyai banyak pengalaman akademik dan telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dari 1 Mei 2008 hingga 20 Mei 2010. Beliau telah menghadiri pengajian di Naval Post Graduate School Monterey USA, Defence Management di Canberra Australia dan Senior Development Program di John F. Kennedy School of Government, Harvard University, Massachusetts, Amerika Syarikat pada tahun 2010. Beliau juga merupakan Adjunt Professor di Pusat Inovasi Perniagaan dan Usahawan Teknologi (Centre of Business Innovation and Technopreneurship), Universiti Malaysia Perlis sejak 2010.


            Jeneral Tan Sri Hj Zulkifli mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kejurulatihan khasnya apabila telah dipinjamkan ke New Zealand Army sebagai Jurulatih Kanan di New Zealand Army Infantry School daripada tahun 1986 sehingga 1988. Beliau bertanggungjawab dalam pengajaran pegawai dan anggota New Zealand Army dan negara-negara Komanwel yang lain dalam pengajian senjata, taktik dan Counter Insurgency Warfare. Pengalaman ketenteraan Jeneral Tan Sri Hj Zulkifli amat luas dimana telah terlibat secara aktif dalam operasi Counter Insurgency Warfare semasa operasi melawan anasir komunis selama 10 tahun bermula dari tahun 1979 dan berakhir pada tahun 1989.

            Sepanjang perkhidmatan, Jeneral Tan Sri Hj Zulkifli telah menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang dalam kerjaya, begitu juga kursus-kursus yang dihadiri, beliau seringkali merangkul gelaran penuntut terbaik keseluruhan. Kecemerlangan dan kepimpinan beliau adalah kunci utama beliau terpilih menyandang pelbagai jawatan penting dalam ATM. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah seperti berikut:

  1. Ketua Platun Infantri.
  2. Ketua Platun Risik Gempur.
  3. RSO.
  4. IO
  5. Ajutan
  6. Penolong Ketua Kompeni.
  7. Ketua Kompeni.
  8. Pegawai Latih.
  9. Pegawa Memerintah.
  10. Pegawai Staf 3,2 dan 1.
  11. PSK, MA dan ADC.
  12. Komandan
  13. Panglima Briged.
  14. AKS
  15. TPTD
  16. PTD
  17. Naib Canselor UPNM

Sebagai mengiktiraf keberanian dan perkhidmatan kepada negara, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin telah dianugerahkan Darjah Kebesaran PANGLIMA SETIA MAHKOTA (PSM) yang membawa gelaran “Tan Sri” daripada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 2 Jun 2012. Tan Sri juga dianugerahkan Darjah Dato’ Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran “Dato’ Seri” daripada DYMM Sultan Perak pada tahun 2012. Pada 2017, Lembaga Pengurusan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah bersetuju melantik Tan Sri sebagai Profesor Ikhtisas.

            Dalam bidang pengurusan, minat Jeneral Tan Sri Hj Zulkifli adalah dalam Pertahanan, Latihan dan Pengurusan Sumber Manusia. Dalam pengajian pertahanan dan keselamatan, beliau amat meminati dalam bidang Total Defence, Counter Insurgency Warfare and Terrorism. Beliau juga merupakan pembaca gemar dalam subjek Kepimpinan dan Pembangunan.


            Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin sudah berkahwin dengan pasangannya Puan Sri Datin Seri Hajjah Rusnah binti Haji A. Rahman dan mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata. Pada masa lapang, beliau suka berkebun, memancing dan memburu.

Kemaskini pada Isnin, 2 Julai 2018 Jam 1600.