logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

Timbalan Panglima Tentera Laut

 

TPTL

LAKSAMANA MADYA DATO' ANUWI BIN HASSAN

PSAT DIMP PAT JSM SMT KAT KMN AMT PJM PPS PPA MSc (UK) ndc (Thailand)

 

Laksamana Madya Dato’ Anuwi bin Hassan telah diperjawatkan sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut, Markas Markas Tentera Laut pada 18 Nov 2015. Sebelum ini, beliau telah menjawat jawatan Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia.

Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1959 di Kuala Terengganu, Terengganu.  Beliau telah menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Februari 1978 setelah menamatkan latihan di Pusat Latihan Kadet dan Rekrut, Kem Khatib, Sembawang, Singapura dan telah ditauliahkan ke dalam perkhidmatan pada bulan Mei 1980.

Sebelum mengambilalih jawatan sekarang, beliau telah memegang beberapa jawatan penting iaitu sebagai Pegawai Memerintah KD SERAMPANG, KLD TUNAS SAMUDERA dan KD MAHAWANGSA. Beliau juga telah diperjawatkan sebagai Asisten Ketua Staf Rancang dan Operasi, Markas Tentera Laut dan Pengarah Risik Laut di Markas Tentera Laut. 

Beliau juga telah menghadiri berbagai kursus termasuk National Defence College (NDC) di Thailand, dan berbagai lagi kursus yang diadakan di Malaysia. Beliau memiliki Diploma Lanjutan dalam Pengajian Strategik dan Keselamatan daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana dalam Operasi Maritim dari Liverpool John Moores University yang ditaja oleh British Chevening Scholarship yang mana merupakan antara tajaan yang paling berprestij daripada Kerajaan British. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau telah dikurniakan pingat-pingat seperti PSAT DIMP PAT JSM SMT KAT KMN AMT PJM PPS PPA MSc(UK) ndc(Thailand). Beliau juga telah menerima Doktor Kehormat dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari Victoria University, Switzerland.

Beliau telah berkahwin dengan Datin Adida bt Abdul Aziz iaitu seorang pensyarah di Universiti Teknologi MARA dan mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya.  Beliau amat meminati sukan golf dan bowling serta mengisi masa lapang dengan memancing, berbasikal dan membaca buku-buku ilmiah.

Kemaskini pada Rabu, 31 Ogos 2016 0849H.