logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia (MSAT)

msat

  • Penghayatan bersukan dalam ATM sudah sewajarnya seiring dengan usianya. Ia telah telah lahir dengan tertubuhnya ASKAR MELAYU (kini dikenali Rejimen Askar Melayu Diraja) pada 1 Mac 1933 menjadi tapak terbinanya ATM. Didalam tentera,bersukan sudah sebati didalam budaya tentera. Selama hampir tujuh dekad ini pembabitan sukan dalam ATM telah mengalami pelbagai revolusi.
  • Bermula dengan hanya kegiatan yang biasa bagi mengisi masa jadual riadah dan reaksi kini menjadi satu aktiviti yang serius sejajar dengan aspirasi ATM sendiri dan negara. Hampir tujuh dekad yang dilalui oleh ATM ini secara relatifnya tidaklah begitu lama,namun disebabkan pergolakan yang dialami oleh negara telah mewujudkan empat zaman yang berbeza-beza. Zaman tersebut dibahagikan kepada zaman sebelum perang, pendudukan jepun, selepas perang (hingga 1960) dan pasca 1960an. Zaman-zaman inilah yang mempengaruhi kegiatan bersukan dalam ATM. ATM juga mula berkembang denagan pelbagai unit baru dan perkhidmatan TLDM dan TUDM juga diwujudkan.
  • Ketika zaman sebelum perang aktiviti bersukan hanya memenuhi keperluan fizikal dan reaksi serta sukan yang dimainkan terhad sama ada dari dari jenis dan tumpuannya. dikalangan anak-anak watan, mereka mengisi masa lapang dengan bermain sepak raga bulatan tanpa sebarang pertandingan dan bola sepak sudah agak mantap dan terdapat pertandigan kecil dijalankan. Ketika itu juga, pertandingan peringkat tinggi merebut PIALA HMS MALAYSIA yang di perkenalkan pihak BRITISH dan ia lebih tertumpu kepada pembabitan TLDM.
  • Pada tahun 1937 ragbi dibawa masuk dan dipertandingkan juga untuk merebut piala yang sama. Menjelang akhir 1940an,kriket mula diperkenalkan . Kerancakan bersukan semakin terselah selepas perang kira-kira awal 50an. Di KD MALAYA terutamanya,Tinju, Olahraga dan renang diperkenalkan dengan meluas disamping sukan yang telah wujud ketika itu.
  • Menjelang penubuhan Lembaga Kawalan Sukan ATM pada tahun 1960an, beberapa jenis sukan baru memasuki senarai sukan dalam ATM seperti tenis dan triathlon. Hala tuju, persepsi serta penghayatan bersukan mengalami dimensi atau revolusi baru selepas tertubuhnya MAJLIS SUKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (MSAT) diwujudkan.

 

 CARTA ORGANISASI MAJLIS SUKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (MSAT)

msat 1