Ringkasan Kerjaya Askar Laskar

ASKAR LASKAR

  • Perkhidmatan Askar Laskar dalam Angkatan Tentera Malaysia
    • Seseorang askar laskar akan didaftarkan selama 12 tahun dan dibenarkan menyambung perkhidmatan selama 3 tahun berturut-turut sehingga 21 tahun dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Setelah 21 tahun berkhidmat, anggota tersebut layak menerima pencen. Seorang askar laskar akan meneruskan perkhidmatan di dalam bidang-bidang kemahiran tertentu berdasarkan tred yang telah ditentukan di dalam ketiga-tiga perkhidmatan.
  • Peluang Dalam Perkhidmatan
    • Peluang terbuka luas bagi seorang askar laskar untuk meningkatkan kemahiran melalui kursus-kursus tred sehingga peringkat tertinggi yang dibayar melalui sistem 'pay band'. Dari segi pangkat pula, seorang askar laskar berpeluang untuk diberikan pangkat sepanjang perkhidmatan berdasarkan prestasi dan kecemerlangan kursus-kursus kerjaya.

Struktur pangkat askar laskar dalam Angkatan Tentera Malaysia

Bil Tentera Darat Tentera Laut Tentera Udara
1. Pegawai Waran I Pegawai Waran I Pegawai Waran Udara I
2 Pegawai Waran II Pegawai Waran II Pegawai Waran Udara II
3 Staf Sarjan Bintara Kanan Flait Sarjan
4 Sarjan Bintara Muda Sarjan Udara
5 Koperal Laskar Kanan Koperal Udara
6 Lans Koperal Laskar Kelas I Laskar Udara Kanan
7   Laskar Kelas II Laskar Kelas I
8     Laskar Kelas II
9 Prebet Laskar Muda Laskar Udara
10 Perajurit Muda Perajurit Muda Perajurit Muda

 

  • Skim Gaji - Bagi skim gaji askar laskar ATM menggunakan pakai kelayakan kemasukan pelbagai seperti berikut:
    • SPM - Mencapai kredit bagi matapelajaran Bahasa Melayu/Malaysia, serta lulus Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Gaji permulaan  di band 1 adalah setelah lulus Kursus Asas Perajurit Muda selama 6 bulan iaitu RM 1,136.83 manakala gaji maksimum RM 5,474.76.
  • Peluang dan Kemudahan Anggota Angkatan Tentera Malaysia
    • Peluang melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.
    • Perkhidmatan kesihatan dan pergigian percuma di setiap kem/pengkalan.
    • Berek bujang dan rumah keluarga disediakan.
    • Cuti tahun mengikut pangkat.
    • Rebat keretapi dan kapal terbang.
    • Bantuan pendidikan.
    • Bayaran elaun dan insentif sebagai seorang pegawai tentera.
    • Berpeluang untuk ditauliahkan sebagai seorang pegawai tentera.