logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata
  • PERGINYA SEORANG WIRA NEGARA

    BANNER PERGINYA SEORANG PERWIRA.1

     

    12 Feb 16 – Kuala Lumpur. Negara kehilangan seorang wira, Kapt Dato’ Hamid Awang (Bersara), 68, yang telah menghembus nafas terakhirnya di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) pagi ini pada lebih kurang jam 10.45pagi. Allahyarham yang telah di masukkan ke HATTM sejak 8 Feb 16 akibat komplikasi buah pinggang.

     

     

    Allahyarham yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu. Allahyarham telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pengganas komunis di Gunung Pueh, Lundu, Sarawak.

     

    Allahyarham dikurniakan pingat SP pada 6 Jun 1973. Pingat SP adalah angerah tertinggi dalam darjah-darjah perkasa dan yang paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan.

     

     

    Mengimbas kembali pertempuran di Gunung Pueh...

     

    Allahyarham dari Kompeni D 2 RAMD telah ditugaskan ke kawasan Gunung Pueh setelah menerima maklumat perisikan menyatakan seramai 40 ke 50 pengganas komunis akan berkumpul disana. Pada petang 7 April 1973, pasukan Allahyarham berjaya mengesan satu perkhemahan musuh dan terus melancarkan serangan ke atas khemah tersebut.  Allahyarham memulakan serangan dengan tembakan senjata M79 sebelum meluru ke arah kedudukan musuh.  Dalam situasi pertempuran itu,  seorang pengganas cuba untuk menembak salah seoarang anggota Allahyarham, lantas Allahyarham dengan berani dan tanpa menghiraukan keselamatan diri bertindak nekad dengan menerkam ke arah pengganas tersebut dan memukut leher musuh dengan senjata M79.

     

    Hasil dari pertempuran itu, pasukan Allahyarham telah berjaya membunuh 3 pengganas komunis dan merampas 3 laras senjata automatik, peluru dan peralatan lain manakala seoarang anggota Allahyarham terkorban.

     

     

    Seluruh warga ATM menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam golongan soleh dan solehah.

     

    Al-Fatehah...