logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata
  • LAWATAN KUKUHKAN PERHUBUNGAN ATM DAN SAF

     BANNER 900X430 LAWATAN PAT SINGAPURA.1

    KUALA LUMPUR-13 JAN 16.  Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin hari ini menerima Kunjungan Hormat Mej Jen Perry Lim, Panglima Angkatan Tentera Singapura.  Beliau yang ditemani isteri serta delegasi yang tiba di Kuala Lumpur petang semalam (12 Jan 16) telah disambut pegawai-pegawai kanan ATM di KLIA.

    BANNER 900x430 LAWATAN RASMI PAT SINGAPURA.7A

    Ketibaan Mej Jen Perry Lim di perkarangan KEMENTAH, disambut oleh YBhg PAT Malaysia bersama-sama PTD, PTL dan PTU diikuti dengan menerima Tabik Hormat dari Kawalan Kehormatan Utama (KKU) ATM yang di ketuai Mej Mohd Izham bin Ahmad Rasidi.

     BANNER 900X430 - LAWATAN PAT SINGAPURA.4

    Satu sesi perjumpaan ringkas di antara kedua-dua PAT di Ruang Perkasa, KEMENTAH membincangkan aspek-aspek kerjasama ketenteraan dua hala yang selama ini terjalin serta perkongsian maklumat ynag berfokuskan kepada perkembangan serantau.

     

    Mej Jen Perry Lim yang telah mengambilalih pucuk pimpinan Angkatan Tentera Singapura dari Lt Jen Ng Chee Meng pada 18 Ogos 15 lepas, kemudiannya bertemu dengan YB Timbalan Menetri Pertahanan, Dato' Wira Mohd Johari bin Baharum.  Dalam rangka lawatan rasmi beliau, PAT Singapura juga akan melawat MAWILLA 1 dan PU Kuantan sebelum pulang ke Singapura.

     

  • LAWATAN ULUNG PTL KE SINGAPURA

    SINGAPORE - 17 Feb 16.   Panglima Tentera Laut, Laksamana Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin telah membuat lawatan ulungnya ke Singapura sejak mengambilalih tampuk pimpinan TLDM.

    cn

    Dalam rangka lawatan beliau, Laksamana Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman telah membuat Kunjungan Hormat ke atas Menteri Pertahanan Singapura, HE Dr Ng Eng Hen, Panglima Angkatan Tentera Singapura, Mejar Jeneral Perry Lim dan Panglima Tentera Laut Singapura, Rear-Admiral Lai Chung Han.

    Laksamana Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman juga telah mengambil kesempatan untuk melawat Changi Regional Humanitarian Assistance dan Disaster Relief Coordination Centre, serta Markas Pemerintahan Latihan Tentera Laut Singapura.

    Sebelum itu, Laksamana Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman telah menghadiri Majlis Perasmian Pertunjukan Udara Singapura 2016.