logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BAKAT ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN COVID-19 PADA 3 APRIL 2020 DI WISMA PERTAHANAN

1

2

3

Pada hari ini menyaksikan Badan Kebajikan Keluarga (BAKAT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dapat bersama berbakti dalam memberi sokongan kepada para petugas barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam Operasi PENAWAR sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Penyerahan sumbangan ini disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajah Tengku Muhaini Binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertempat di Wisma Pertahanan.

4

5

Sumbangan yang diberi adalah berupa pek makanan ringan untuk para petugas yang terlibat, dengan harapan ianya sedikit sebanyak dapat memberi sokongan moral dan menceriakan petugas barisan hadapan ini di sepanjang penugasan mereka.

6

7

Sejumlah 10,000 kotak makanan telah disediakan dan akan diagihkan kepada para petugas ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Sumbangan ini adalah hasil kerjasama daripada semua BAKAT perkhidmatan yang terdiri daripada BAKAT Darat, Laut, Udara dan Gabungan serta beberapa penyumbang individu yang lain.

8

9

 

Selain memberi khidmat kebajikan kepada keluarga angkatan tentera, BAKAT ATM turut berperanan dalam aktiviti-aktiviti amal dan sosial luar bertujuan untuk memupuk kesejahteraan dalam konteks amal kebajikan dan mewujudkan jaringan sokongan dengan

lain-lain agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

10

 

BAKAT ATM turut memahami setiap kesulitan yang dihadapi oleh para petugas kerana terpaksa meninggalkan keluarga tersayang dalam tempoh yang lama dan berharap serta berdoa agar para petugas barisan hadapan dipermudahkan segala urusan penugasan serta diberi kekuatan.

11

Sama-samalah kita berdoa agar seluruh rakyat Malaysia dilindungi Allah SWT bekerjasama dalam mematuhi PKP agar rantaian wabak ini dapat diputuskan dan Negara kembali pulih seperti sediakala.