logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

SUMBANGAN KEPADA PARA PETUGAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) UNTUK PELAKSANAAN OPERASI PENAWAR

1

2

KUALA LUMPUR, 24 Mac 2020 – Atur gerak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam OPERASI PENAWAR kini telah dilaksanakan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung dan menghapuskan rangkaian wabak COVID-19.

3

4

 

Pengorbanan warga ATM dihargai oleh masyarakat Malaysia dengan apabila semalam 23 Mac 2020, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menerima bungkusan makanan serta minuman untuk diagihkan kepada anggota yang bertugas. Majlis ringkas penyerahan ini telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bertempat di Wisma Pertahanan.

5

 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang terdiri daripada beberapa syarikat korporat di atas keprihatinan kepada warga ATM yang bertugas.

6

 

Turut hadir menyaksikan ialah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Muez bin Abdul Aziz dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi.