MAJLIS PENGURNIAAN SUMBANGAN AMPUN KURNIA KEPADA VETERAN ATM

2

KUALA LUMPUR, 25 JUN 2020 – Bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, berlangsungnya Majlis Pengurniaan Sumbangan Ampun Kurnia Kepada Veteran ATM. Program Bantu-Bantu Malaysia yang diasaskan oleh Tan Sri Lee Kim Yew, Pengasas Country Heights Holdings Berhad ini telah menyumbangkan sebanyak 10 ribu bungkusan hamper kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia.

2

3

4

5

Program Bantu-Bantu Malaysia ini telah melakukan kerjasama erat dengan beberapa jabatan seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi program JAWI Food Bank dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah mencemar duli bagi mengurniakan sumbangan Ampun Kurnia kepada para penerima.

6

7

8

9

10

Turut hadir, Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera dan Yang Berbahagia Dato’ Sri Syed Hussein Alhabshee, Pengerusi Majlis Agama Wilayah Persekutuan.

11

12

13