logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

LAWATAN KERJA PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE POS GABUNGAN BERSAMA ATM/TNI, BIAWAK, LUNDU, SARAWAK

1

21 Jun 2020, LUNDU, SARAWAK – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM telah membuat lawatan kerja ke salah satu Pos Gabungan Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM)/Tentera Nasional Indonesia (TNI) iaitu Kem Jawatankuasa Perancang Gerakan (JPG) Biawak di Lundu, Sarawak yang juga merupakan salah satu pos kawalan di kawasan Operasi AWAS/KERIS PARANG. Lawatan kerja di pos berkenaan yang juga di bawah kawasan tanggungjawab Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) ini adalah bagi meninjau dan melihat kesiagaan anggota Tentera Darat yang terlibat dalam kawalan operasi persempadanan daratan antara Sarawak dan Kalimantan.

2

3

Kawalan operasi ini juga merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Operasi BENTENG yang diletakkan di bawah koordinasi ATM melalui penubuhan National Task Force (NTF). Ia bertujuan mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu bersama agensi penguatkuasaan dan keselamatan yang lain bagi menangani aktiviti jenayah rentas sempadan terutama menyekat pencerobohan PATI serta selain mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 yang berkemungkinan tinggi dibawa oleh mereka.

4

5

6

Di dalam lawatan kerja tersebut, beliau turut dibawa ke salah satu titik atau lokasi lorong tikus sekitar Biawak yang di kawal ketat bagi mengelak sebarang pencerobohan atau aktiviti jenayah rentas sempadan serta diberi taklimat operasi oleh Pegawai Memerintah Rejimen Keempat Kor Armor Diraja, Leftenan Kolonel Shamzaini Misran. Penerangan juga turut disampaikan oleh Panglima Briged Ke-3 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Isa bin Jaafar. Mengambil kesempatan dalam lawatan kerja di Pos Biawak, Panglima Angkatan Tentera turut menyampaikan sumbangan bungkusan beg Hari Raya Aidilfitri dan Gawai kepada pasukan yang terlibat dalam kawalan operasi persempadanan di pos berkenaan.

7

8

9

Turut mengiringi beliau dalam lawatan kerja ini adalah Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Pemangku Panglima Medan Timur Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Aidi bin Ismail, Komander Briged PGA Sarawak, SAC Mancha Anak Ata , Pengarah Imigresen Malaysia Sarawak, Datu Ken Leben dan Pengarah Kastam Sarawak, Dato’ Hajah Sharifah Halimah Binti Tuanku Taha.

11

12

13

Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan agensi-agensi penguatkuasaaan dan keselamatan yang lain akan terus komited melaksanakan Op Benteng melalui koordinasi bersepadu oleh National Task Force (NTF) bagi memastikan persempadanan negara baik daratan mahupun perairan tidak dicerobohi oleh anasir asing demi memelihara kedaulatan dan kesejahteraan negara.

#NationalTaskForce
#ATMSentiasaBersepadu
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#StayHealthyProtectYourself
#FightTogether
#StayAtHome
#KitaJagaKita
#OP_BENTENG
#OP_PENAWAR