MAJLIS MAKAN MALAM AMAL KEMPEN TABUNG PAHLAWAN TAHUN 2019

1

Kuala Lumpur, 21 Oktober 2019 –Majlis Makan Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan 2019 yang dihadiri oleh YAB Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia mengiringi Penaung Tabung Pahlawan, YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali. Majlis ini bertujuan untuk meraikan dan menghargai penyumbang dana kepada Kempen Tabung Pahlawan sejak pelancaran kempen pada 19 September 2019 yang lalu.

 

2

Pada tahun ini JHEV ATM telah dipertanggungjawab untuk menguruskan Kempen Tabung Pahlawan 2019 bermula dari bulan Ogos 2019 sehingga Februari 2020 dengan sasaran kutipan sebanyak RM 6 juta. Setakat ini jumlah kutipan telah berjaya melebihi sasaran kutipan iaitu sebanyak RM 9,196,379.15. Antara penyumbang terbesar ialah ADAP 4orty Global Sdn.Bhd., Yayasan Al-Bukhary, dan Weststar Group.

 

3

Dana Tabung Pahlawan akan dimanfaatkan untuk tujuan bantuan kebajikan kepada Veteran ATM dan ahli keluarga secara menyeluruh merangkumi Veteran Kelainan Upaya (VKU), bantuan kepada balu dan anak-anak veteran dalam kategori OKU, memberi bantuan kepada veteran yang terlibat dalam musibah dan bencana alam, bantuan ehsan bagi veteran dan balu veteran yang dalam keadaan daif, bantuan kepada asnaf veteran ATM, bantuan perubatan dan bantuan pendidikan anak Veteran ATM yang memerlukan.

 

4

Walaubagaimanapun sumbangan kepada Kempen Tabung Pahlawan masih lagi diteruskan dan sumbangan boleh disalurkan melalui tiga kaedah. Kutipan secara dalam talian melalui Portal Kempen Tabung Pahlawan di pautan http://tabungpahlawan.jhev.gov.my atau terus ke akaun AFFIN BANK 1059 5000 3201 di atas nama ‘Tabung Rayuan Hari Pahlawan’. Sumbangan daripada syarikat-syarikat GLC dan korporat serta masyarakat umum. Kutipan jalanan secara langsung yang dilaksanakan oleh Persatuan-Persatuan Veteran ATM di seluruh Negara.

Sehubungan itu semua lapisan masyarakat, pihak swasta dan korporat diseru untuk sama-sama menyumbang kepada Kempen Tabung Pahlawan sebagai tanda pengiktirafan di atas pengorbanan yang telah dicurahkan oleh Pahlawan-pahlawan Negara.