logo mafhq

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

logo jata
 
gov1
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

PORTAL RASMI
MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA ANGGOTA CEDERA SEMPENA HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-86

 

1

 

KUALA LUMPUR, 18 Okt 19 – Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin telah menyempurnakan Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Cedera yang diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia. Majlis ini bertujuan bagi meraikan anggota yang mengalami kecederaan kekal semasa menjalankan tugas semasa operasi ataupun latihan berisiko tinggi di dalam mahupun luar negara disamping dapat mengenang jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan.

 

2

Seramai 51 anggota cedera iaitu 9 orang yang masih berkhidmat dan 42 yang telah bersara dari perkhidmatan ATM telah diraikan pada majlis kali ini. ATM turut melaksanakan majlis ramah mesra seperti ini di beberapa lokasi berbeza di mana jumlah keseluruhan anggota cedera yang diraikan adalah seramai 562 orang, iaitu 44 orang yang masih dalam perkhidmatan dan 518 orang telah bersara.

 

3

ATM amat menitikberatkan soal kebajikan anggotanya dan sentiasa diberikan keutamaan dalam usaha memantapkan keupayaan ATM dalam memperjuangkan kedaulatan Negara. Sumber manusia merupakan aset terpenting di dalam sesuatu organisasi, begitu juga kepada persara-pesara yang telah mencurah khidmat bakti demi mempertahankan tanahair dan kedaulatan negara.

 

4

Turut hadir Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Laut, Leftenan Jeneral Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Timbalan Panglima Tentera Darat mewakili Panglima Tentera Darat; Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM, Timbalan Panglima Tentera Udara mewakili Panglima Tentera Udara, Puan Mastura binti Ahmad Mustafa, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan dan Doktor Karminder Singh Dhillon, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan.

 

5